
Risalah al Misbah al Munir
Pelajar-pelajar pondok semestinya sudah biasa menadah kitab ini.
Kitab ini disusun oleh Syeikh Abdul Aziz B. Ismail Al-Fathani yang bermukim di Kampung Paloh, Bunut Payung Kelantan. Cara susunan kitab ini sedikit berbeza daripada cara penyusunan kitab-kitab terdahulu seperti kitab Bidayatul Hidayah, Aqidatun Najin, Sirajul Huda, Durruth Thamin dan Faridatul Faraid. Pengarang dilihat cuba memudahkan kefahaman kepada masyarakat untuk mempelajari ilmu tauhid.
Tuan Guru Syeikh Baba Hj Ismail Sepanjang Al-Fathani yang merupakan menantu pengarang telah menggunakan kitab ini sebagai teks pengajian aqidah di dalam majlis ilmu yang dikendalikannya. Anda boleh dapatkan di sini cd rakaman pengajian tersebut.Sila download Kitab Risalah al Misbah al Munir
Kitab Bidayatul Hidayah (Syarah Matan Ummul Barahin)
Matan Ummul Barahin karangan Al-Imam Syeikh Muhammad As-Sunusi merupakan rujukan utama pengajian Aqidah di rantau nusantara ini sejak lama dahulu. Kebanyakan kitab-kitab aqidah yang disusun di dalam tulisan jawi adalah mensyarahkan matan Ummul Barahin. Untuk bacaan lanjut di sini.
Antara kitab yang paling awal disusun dalam menterjemah dan mensyarahkan Matan Ummul Barahin dan masih digunakan hingga sekarang ialah kitab Bidayatul Hidayah karangan Syeikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaluddin Al-Ãsyi. Kitab ini dikarang pada tahun 1170 H/1757 M.
Dipercayai bahawa Syeikh Muhammad Zain Aceh dilahirkan pada zaman peralihan kejayaan sufi Syeikh Hamzah al-Fansuri (wafat 1016 H/1607 M) dan muridnya Syeikh Syamsuddin Sumatra-i (wafat pada Jumaat, 12 Rejab 1039 H/25 Februari 1630 M) kepada zaman perdebatan khilafiyah, iaitu zaman Syeikh Nuruddin ar-Raniri (wafat 22 Zulhijjah 1069 H/21 September 1658 M). Bacaan lanjut di sini.
Sehingga kini kitab ini masih lagi diulang-ulang bacaannya oleh masyarakat Islam dan dijadikan teks pengajian dalam halaqah-halaqah ilmu samada di masjid, pondok atau pusat pengajian.
Sila Download Kitab Bidayah Hidayah – Syeikh Muhammad Zain B. Al-Faqih
Kitab Tuhfatus Saniah Bi Syarhi Muqaddimah Al-Aajurumiyah
Kelebihan dan keberkatan Matan Al-Aajurumiyah karangan Syeikh Sonhaji tidak dapat disangkalkan lagi. Sejak berkurun lamanya matan ini menjadi silibus utama buat penuntut ilmu bagi mendalami Bahasa Arab. Antara huraian terbaik dekad ini sudah tentu kitab Tuhfatus Saniah karangan Syeikh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid. Banyak manfaat yang dapat kita perolehi melalui panduan dan huraian di dalam kitab ini. Sesuai sekali untuk penuntut ilmu agama dan bahasa arab untuk memilikinya.
RM12.00 | Print PDF (162 ms) RM8 RM10 | Download
Setiap Proses Penghantaran Tambah RM6.00
Dapatkan segera jangan bertangguh lagi.
Lihat kitab lain.
Kepercayaan anda amanah kami.
Kitab Kashful Kiram fi Bayan Niat Takbiratil Ihram
Dalam posting yang lalu lihat di sini kita telah diperkenalkan dengan seorang ulama Acheh yang telah berjasa besar dalam mendidik anak bangsa di rantau nusantara ini iaitu Syeikh Muhammad Zain B. Al-Faqih Jalaluddin. Kitab Kashful Kiram ini juga merupakan anntara hasil buah tangan beliau.
Kitab ini membincangkan tentang masalah niat ketika takbiratul ihram yang sering menjadi perselisihan di dalam masyarakat ketika itu. Hal ini nampak jelas dengan pengakuan Syeikh sendiri dalam muqaddimah kitab beliau dengan katanya :
Setelah aku lihat akan beberapa manusia bersalah-salahan mereka itu pada niat tatkala takbiratul ihram maka aku kehendaki bahawa aku perusaha satu kitab yang kecil pada menguraikan maksud dan aku namai akan dia ‘Kashful Kiram pada menyatakan niat takbiratul ihram’ [Kashful Kiram : Ms 2].
Maka dengan penyusunan kitab ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat tentang tuntutan sebenar niat ketika takbiratul ihram dan hukum hakam yang berkaitan dengannya.
Sila download Kitab Kashful Kiram




0 ความคิดเห็น