Ad Code

Responsive Advertisement

Beberapa Kitab

Syarh Manzhumah al-‘Azizi (شرح منظومة العزيزي)


Kitab Fath al-Karim al-Rahman Fi Ma Yughtafir  Li al-Muwafiq Min al-Arkan (فتح الكريم الرحمن فيما يغتفر للموافق من الأركانmerupakan sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-‘Allamah al-Syaikh al-Imam Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rais al-Zamzami al-Zubairi (1187 H/1773M M-1240 H/1824 M). Beliau merupakan seorang tokoh ulama mazhab Syafi’i yang terkenal di Makkah pada zamannya.

Kitab yang terkenal dengan judul Syarh Manzhumah al-‘Azizi (شرح منظومة العزيزي) ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi matan fiqh dalam bentuk nazam berjudul Manzhumah al-‘Azizi Fi al-Masail allati Yughtafir Li al-Muwafiq al-Takhalluf Fiha Bi Tsalatsah Arkan Thawilah (في المسائل التي يغتفر للموافق التخلف فيها بثلاثة أركان طويلة  منظومة العزيزي). Matan Manzhumah al-‘Azizi  “ yang membicarakan secara khusus mengenai beberapa permasalahan yang dibolehkan makmum muwafiq ketinggalan dari imammya dengan tiga rukun yang panjang” ini pula disusun al-‘Allamah al-Syaikh ‘Ali bin Ahmad al-‘Azizi al-Bulaqi al-Syafi’i (1070H/1660M).

Kitab Syarh Manzhumah al-‘Azizi ini kemudiannya telah diberikan huraian dalam bentuk hasyiah oleh Syeikh al-Haris bin Hummam, melalui karya beliau yang berjudul Nushrah al-Halim Hasyiah Manzhumah al-‘Azizi (نصر الحليم حاشية منظومة العزيزي). Syeikh al-Haris adalah murid kepada Syeikh Muhammad Shalih al-Rais.

Manakala Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani (1265H), seorang ulama terkenal di Nusantara yang berasal dari Patani, telah memetik (menukil) dan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu beberapa permasalahan yang terdapat dalam kitab Syarh Manzhumah al-‘Azizi, iaitu karya gurunya al-Syaikh Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rais dan menghimpunkannya dalam sebuah  risalah yang diberi judul al-Bahjah al-Mardhiyyah Fi ‘Uzr Takhalluf al-Ma’mum ‘an al-Imam (البهجة المرضية فى عذر تخلف المأموم عن الإمام). 

Dalam risalah ringkas ini, Syaikh Daud hanya memetik 6 bait nazam daripada matan Manzhumah al-‘Azizi yang khusus menerangkan beberapa keadaan yang dibolehkan makmum yang muwafiq berbeza perlakuannya dengan imam atau disebutkan dalam kitab ini “ beberapa masa-il yang diuzurkan ketinggalan makmum yang muwafiq dengan imamnya dan yang tiada diuzurkan ”. Setiap bait nazam tersebut telah diberikan huraiannya berdasarkan kitab Syarh Manzhumah al-‘Azizi karya Syaikh Muhammad Shalih al-Rais tersebut.

Saya belum lagi menemui kitab Fath al-Karim al-Rahman / Syarh Manzhumah al-‘Azizi ini dalam bentuk cetakan yang tersendiri. Namun begitu, kandungan kitab ini boleh dibaca dan dimuat turun melalui sumber berikut;

1.     Manuskrip di pautan https://al-mostafa.info/data/arabic/depot/gap.php?file=m010066.pdf 

2.     Kandungan kitab yang ditahkik oleh Dr Ali Shiddiq Syakar al-Hayali yang terdapat dalam Majalah  مجلة جامعة كركوك للدراسات الإنسانيةmelalui pautan https://www.iasj.net/iasj/download/3bcd96ad2295e37b .

Semoga bermanfaat.


Monday, August 9, 2021

al-Lubab Fi al-Fiqh

Kitab al-Lubab Fi al-Fiqh  (اللباب في الفقه) yang ingin diperkenal kali ini, adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Najmuddin Abdul Ghaffar bin Abdul Karim bin Abdul Ghaffar al-Quzwaini al-Syafi’i (585-665H). Beliau terkenal sebagai penyusun kitab al-Hawi al-Shaghir  (صاحب الحاوي الصغير) , iaitu matan fiqh yang terkenal di kalangan para ulama mazhab Syafi’i.

Kandungan kitab al-Lubab ini memuatkan pendapat-pendapat mengenai permasalahan fiqh yang pernah dikeluarkan oleh para Ashab al-Wujud dan al-Aqawil dalam mazhab al-Syafi’i.

Imam Najmuddin al-Quzwaini kemudiaannya telah menyusun huraian (syarah) bagi kitab al-Lubab ini melalui karyanya yang berjudul al-‘Ujab Fi Syarh al-Lubab (العجاب في شرح اللباب) .

Perlu diketahui, selain kitab al-Lubab susunan Imam Najmuddin al-Quzwaini ini, terdapat sebuah kitab lagi yang berjudul al-Lubab, iaitu kitab al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi'i (اللباب في الفقه الشافعي) yang disusun oleh al-Imam al-Qadhi Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H ). Kitab al-Lubab karya Imam Abu Hasan al-Mahamili ini adalah kitab yang sangat terkenal di kalangan ulama mazhab Syafi’i. Isi kandungan kitab ini telah disebutkan oleh beberapa ulama terkemudian dalam beberapa karya mereka ketika menghuraikan masalah fiqh. Oleh itu, jika disebut kitab al-Lubab dalam kitab fiqh mazhab Syafi’i, maka ia biasanya merujuk kepada kitab al-Lubab susunan Imam al-Mahamili.

Semoga bermanfaat.

Sunday, August 8, 2021

al-Sirr al-Mashun fi Nazm al-Jawhar al-Maknun Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun

 

Kitab al-Sirr al-Mashun fi Nazm al-Jawhar al-Maknun  Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun  (السر المصون في نظم الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون) atau  Manzumah al-Jawhar al-Maknun Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun (منظومة الجوهر المكنون فى بيان الواجب والمسنون) merupakan sebuah kitab fiqh mazhab syafi’i dalam bentuk nazam yang disusun oleh Syeikh Ahmad al-Musyairifi (المشيرفي) al-Syafi'i. Tahun kelahiran dan kewafatan beliau tidak dapat dipastikan, namun begitu beliau masih hidup sekitar tahun 1286H.

Kitab ini disusun berdasarkan kitab Jawhrar al-Maknun Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun (الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون), iaitu sebuah karya guru beliau yang bernama Syeikh al-Abyari[1].

Kitab al-Sirr al-Mashnun ini, kemudiannya telah dihuraikan pula melalui sebuah karya yang berjudul al-Fath al-Maimun Fi Syarh al-Sirr al-Mashun fi Nazm al-Jawhar al-Maknun Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun (الفتح الميمون في شرح السر المصون في نظم الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون على مذهب الإمام الشافعي)[2].

Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan  https://www.alukah.net/library/0/80947/  atau juga di pautan السر المصون في نظم الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون)

Semoga bermanfaat.


[1] Gelaran guru beliau ini ada disebutkan di awal nazam beliau ini. Namun saya tidak pasti nama sebenar guru beliau tersebut. Dari pencarian saya di antara ulama terkenal dari Mesir yang mempunyai gelaran al-Abyari yang hidup sezaman dengan Syeikh Ahmad al-Musyairifi ialah al-'Allamah al-Syaikh Abdul Hadi Naja bin Ridhwan Naja bin Muhammad al-Abyari al-Syafi’i al-Misri (1236H/1821M-1305H/1888M). Adakah beliau yang dimaksudkan oleh Syeikh Ahmad al-Musyairifi?. Wallahu a’lam.

[2] Tidak dapat dipastikan penyusun sebenar kitab ini. Namun begitu berdasarkan sumber di pautan almoqtabasmanuscripts dicatatkan ia disusun oleh Syeikh Ahmad al-Musyairifi sendiri.

Thursday, August 5, 2021

Ittihaf al-Raghib Ila Nahaj al-Thalib li Asyraf al-Mathalib

 

Kitab  Ittihaf al-Raghib  Ila Nahaj al-Thalib li Asyraf al-Mathalib  (اتحاف الراغب الي نهج الطالب لاشرف المطالبmerupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’I  yang disusun oleh Syaikh Abu Hadiy Muhammad bin Ahmad bin Hasan bin Abdul Karim al-Khalidi al-Jawhari (1215H). 

Syaikh Abu Hadiy al-Jawhari menyusun kitab Ittihaf al-Raghib ini sebagai huraian (syarah) bagi karya beliau sendiri yang berjudul Kitab Nahaj al-Thalib li Asyraf al-Mathalib (نهج الطالب لاشرف المطالب ). Manakala kitab Nahaj al-Thalib pula merupakan ringkasan (mukhtashar)  bagi kitab Manhaj al-Thullab (منهج الطلاب), iaitu sebuah karya fiqh yang disusun oleh Syaikhul Islam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari (926H)

Kitab Ittihaf al-Raghib telah diberikan hasyiah (komentar/catatan pinggir) oleh beberapa ulama, iaitu;

i)   Syaikh Abdullah Suwaidan bin Ali al-Damliji al-Dharir al-Mishri (1234H).

ii)   Syaikh Muhammad Abdul Hayy al-Syubaini ( abad ke13 H).

Saya belum menemui maklumat cetakan keseluruhan kandungan kitab Ittihaf al-Raghib ini. Namun sebahagian kandungan kitab ini telah ditahkik oleh Abdullah Shidqi Abdul Mu’im sebagai kajian ilmiah “sarjana”nya. Kajian beliau ini bermula awal kitab al-Thalak (كتاب الطلاق) hingga akhir kitab al-Riddah كتاب الردة) .).  

Kandungan kajian ini boleh dimuat turun di pautan اتحاف الراغب الي نهج الطالب لاشرف المطالب .  Manakala manuskrip kitab Ittihaf al-Raghib boleh dimuat turun melalui pautan اتحاف الراغب الي نهج الطالب لاشرف المطالب.

Semoga bermanfaat.

Saturday, July 17, 2021

Kitab-Kitab Fatwa Karya Para Ulama Mazhab Syafi’i

Insya Allah dalam catatan berikut disenaraikan beberapa kitab fatwa yang disusun oleh para ulama Mazhab Syafi’i. Semoga bermanfaat.


1Fatawa al-Qaffal - Abu Bakr Abdullah bin Ahmad  al-Marwazi al-Qaffal al-Shaghir 417H). 

2Fatawa al-Qadhi Husain - al-Qadhi al-Husain al-Marwarudzi (462H)

3Fatawa al-Ghazali  - Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (505H)

4Fatawa wa Masa-il Ibn al-Shalah (فتاوى ومسائل ابن الصلاح) - Taqiyyuddîn Abu ‘Amr Utsman bin Abdurrahman al-Syahrazuri (577-643H).

5Fatawa al-Imam al-Nawawi (فتاوى الإمام النووي) - Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H)

6. Fatawa al-Subki fi Furu al-Fiqh al-Syafi'i - Taqiyuddin ‘Ali bin ‘Abdul Kafi al-Subki (756H).

7Fatawa al-Azra’i (فتاوى الأذرعي) - Ahmad bin Hamdan bin Abdul Wahid al-Azra’i  (708-783H). 

8Fatawa al-Bulqini (فتاوى البلقيني ) - Sirajuddin Abu Hafsh ‘Umar bin Raslan al-Bulqini (805H). 

9Fatawa Syaikhul Islam Zakariyya al-Anshari   - Abu Yahya Zakariyya al-Anshari (823-926H).

10. Fatawa al-‘Iraqi   - Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad al-‘Iraqi (762-826H).

11al-Hawi Li al-Fatawi (الحاوي للفتاوي) -  al-Hafizh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (911H)  

12al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra - Ahmad Ibn Hajar al-Haytami (974H).

13al-Fatawa al-Hadithiyyah - Ahmad  Ibn Hajaral-Haytami (974H).  

14Fatawa al-Ramli  - Ahmad bin Hamzah al-Ramli al-Anshari (957H).

15Fatawa al-Khalili   - Muhammad bin Muhammad al-Khalili (1147H),

16Bughyah al-Mustarsyidin - Sayyid ‘Abdur Rahman bin Muhammad Ba ‘Alawi al-Hadhrami (1250- 1320),

17. al-Fatawa al-Fathaniyyah ( الفتاوى الفطانية )  - Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fathani  (1325/ 1908).

18Qurrah al-‘Ain bi Fatawa al-Syeikh Ismail al-Zain  - Syeikh Ismail bin Ismail bin Utsman al-Zain al-Makki al-Yamani (1352-1414H).

19al-Kalim Thayyib - Fatawa ‘Asriyyah  -  Dr ‘Ali bin Juma’ah bin Muhammad  (1952 / 1371 -). 

Thursday, July 15, 2021

Nushr al-Halim Hasyiah Manzhumah al-‘Azizi

  

Kitab Nushr al-Halim Hasyiah Manzhumah al-‘Azizi (نصر الحليم حاشية منظومة العزيزيmerupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh al-Harith bin Hummam[1]

Kitab ini disusun oleh pengarangnya sebagai hasyiah bagi kitab Syarh Manzumah al-'Azizi, yang disusun oleh guru beliau yang bernama al-'Allamah Muhammad Shalih bin Ibrahim al-Rayyis al-Zamzami al-Zubairi.

Manakala kitab Manzhumah al-‘Azizi fi Masa-il al-Jama’ah (منظومة العزيزي في مسائل الجماعة) pula  adalah sebuah sebuah matan fiqh dalam mazhab Syafi’i yang membicarakan secara khusus mengenai beberapa persoalan solat berjamaah, yang  disusun dalam bentuk nazam oleh al-‘Allamah al-Syaikh ‘Ali bin Ahmad al-‘Azizi al-Bulaqi al-Syafi’i (1070H/1660M)[2]

Manuskrip kitab Nushrah al-Halim ini boleh dimuat turun di pautan  https://archive.org/compress/IMG0005_201405/formats=TEXT%20PDF,IMAGE%20CONTAINER%20PDF&file=/IMG0005_201405.zip.

Semoga bermanfaat.


[1] Nama ini dicatatkan oleh penyusun dalam muqaddimahnya, sebagai yang terdapat dalam manuskrip. 

[2]  Di antara karya lain Syaikh al-‘Azizi ialah kitab Hasyiah al-Fawa-id al-‘Aziziyyah ‘Ala Syarh Abi Syuja’ li Ibn Qasim al-Ghazzi, Iaitu kitab yang menghurai atau mengkomentarkan karya al-‘Allamah Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Qasim Muhammad al-Ghazzi al-Syafi‘i (918H) yang berjudul Fath al-Qarib al-Mujib atau terkenal sebagai Syarh Ibn Qasim al-Ghazzi ‘ala Matn al-Taqrib, yang merupakan huraian bagi Matn al-Taqrib karya al-Qadhi Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani (533-593H).

Wednesday, July 7, 2021

Nahj al-Raghibin wa Subul al-Muttaqin

 

Kitab Nahj al-Raghibin wa Subul al-Muttaqin (نهج الراغبين وسبل المتقينadalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fathani (1183-1265H).

Kitab fiqh ini ditulis pada tahun 1226H/ 1811M di Mekah dan ia dicetak pada bahagian tepi kitab Bughyah al-Thullab li Murid Ma'rifah al-Ahkam bi al-Shawab (بغية الطلاب لمريد معرفة الاحکام بالصواب oleh Dar al-Tiba'ah al-Miriyyah al-Kubra, tanpa tahun. Kitab Bughyatul Thullb terdiri daripada dua jilid dan tebalnya 244 halaman dan 236 dengan ukuran 26.6cm. Kandungan kitab Nahj al-Raghibin yang dicetak di tepi kitab Bughyah al-Thullab ini sebagaimana kitab induknya - bermula dari halaman kedua jilid pertama dan berakhir di halaman 236 di jilid kedua.

Sebagaimana yang disebutkan oleh pengarangnya, kandungan kitab ini membincangkan hukum jual beli dan perkara yang berhubung dengannya. Di samping itu, juga membincangkan hukum jenayah, jihad, kehakiman, pendakwaan dan kesaksian.

Mengenai faktor yang mendorong Syeikh Daud Fathani menyusun kitab ini, berikut dibawakan petikan kata pendahuluan Syeikh Daud al-Fathani;

“ …telah menuntut daripada aku setengah daripada orang yang kami kasihi, yang berulang-ulang kepadaku bahawa aku terjemahkan dengan bahasa Jawi akan barang yang tiada terkaya daripadanya setengah daripada hukum berjual beli dan barang yang bergantung dengan dia dan barang yang melangkapi atasnya daripada segala hukum berjual beli  dan sedikit daripada beberapa hukum melukakan dan barang yang bergantungkan dengan dia daripada segala saksi dan hukum perang sabil  dan hukum jadi qadhi dan hukum da’wa dan saksi dan hukum merdehika.”

Di antara sumber rujukan utama bagi penyusunan kitab Nahj al-Raghibin ialah penulisan-penulisan fuqaha' mazhab Syafi'i yang muktabar iaitu;  Minhaj al-Thalibin,a Imam Abu Zakariyya Yahya bi Syaraf al-Nawawi (676.H)

ii)   Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj, karya  al-Imam Ahmad Ibnu Hajar  al-Haytami (909-973H).

iii)   Nihayah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj, karya Imam Syamsuddin Muhammad al-Ramli (1004H)

iv)   al-Najm Al-Wahhaj Syarh al-Minhaj, karya Muhammad ibn Musa bin Isa bin Alial-Damiri (742-808H)

v)    Manhaj al-Thullab dan Syarahnya Fath al-Wahhab, karya Shaikh al-Islam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari (826-926H).

vi)     al-Iqna’ fi Halli Alfaz Abi Syuja’, karya Muhammad Khathib al-Syarbini (977H)

Sekadar maklumat yang diperolehi, kitab ini belum pernah diterbitkan secara tersendiri atau berasingan daripada kitab Bughyah al-Thullab.

Semoga bermanfaat.

Monday, July 5, 2021

al-Mawahib al-Madaniyyah ‘ala Syarh al-Muqaddimah al-Hadharamiyyah

 

Kitab al-Mawahib al-Madaniyyah ‘ala Syarh al-Muqaddimah al-Hadharamiyyah (المواهب المدنية على شرح المقدمة الحضرمية) adalah sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i, yang disusun oleh al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi al-Madani al-Syafi’i (1127-1194H).

Kitab ini disusun sebagai hasyiah (komentar) bagi kitab al-Manhaj al-Qawim Syarh Masa-il al-Ta’lim (المنهج القويم شرح مسائل التعليم), iaitu sebuah karya al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haytami (909-973/974H). Sedangkan kitab al-Manhaj al-Qawim pula merupakan kitab syarah (huraian) bagi kitab  Masa-il al-Ta’lim (مسائل التعليم) atau al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (المقدمة الحضرمية), karya al-Imam Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H).

Di kalangan ulama mazhab Syafi’i, kitab al-Mawahib al-Madaniyyah ini juga dikenali dengan judul al-Hasyiah al-Kubra ‘ala Syarh al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (الحاشية الكبرى على شرح المقدمة الحضرمية). Kitab ini dipanggil al-Hasyiah al-Kubra kerana selain kitab ini, Syeikh Muhammad al-Kurdi ada menyusun kitab yang lain lebih kecil (kurang sedikit halamannya) sebagai hasyiah bagi kitab Manhaj al-Qawim. Kitab ini diberi judul al-Hawasyi al-Madaniyyah ‘ala al-Manhaj al-Qawim (الحواشي المدنية على المنهح القويم). 

Berdasarkan kitab yang diterbitkan oleh Maktabah Thalib al-‘Ilm, Dimasyq, Syria (cet-1/2013), ia telah dicetakkan dalam 4 jilid. Manakala terbitan terkini oleh Dar al-Nour al-Mubin (cet-1/2021), ia dicetakkan dalam 6 jilid.

Semoga bermanfaat.

Saturday, July 3, 2021

Khabaya al-Zawaya ( خبايا الزوايا)

 

Kitab Khabaya al-Zawaya ( خبايا الزواياmerupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Abu Abdullah Muhammad bin Bahadur al-Zarkasyi (745-794H).

Isi kandungan kitab ini menerangkan beberapa permasalahan fiqh yang disebut dalam dua buah kitab utama mazhab Syafi’i, iaitu; 

   1)   Kitab Fath al-‘Aziz Syarh al-Wajiz (فتح العزيز شرح الوجيز), karya Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i  (623H).     

  2) Kitab Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin (روضة الطالبين وعمدة المفتين), karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).      

Dalam kitab ini, Imam al-Zarkasyi menukil dan menyusun kembali beberapa permasalahan fiqh yang terdapat dalam kedua-dua kitab tersebut berdasarkan bab-bab fiqh yang berkaitan, kerana terdapat beberapa permasalahan fiqh dalam kitab-kitab tersebut yang tidak diletakkan mengikut bab-bab sepatutnya.

Sebelum penyusunan kitab ini, ada di kalangan ulama tidak menjumpai beberapa permasalahan fiqh yang dicari dalam kitab karya dua Imam ini, kerana ia disebut dalam bab yang lain. Perkara ini menyebabkan mereka beranggapan permasalahan tersebut tidak disebut oleh dua Imam dalam kitab mereka itu, sedangkan ia sebenarnya ada disebutkan dan dijelaskan oleh mereka berdua.

Oleh itu, dengan penyusunan kitab Khabaya al-Zawaya ini, Imam al-Zarkasyi mengharapkan ia menjadi panduan dan memudahkan para ulama dan penuntut ilmu untuk merujuk pandangan Imam al-Rafi’i dan Imam al-Nawawi dalam kedua-dua kitab mereka. 

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan  https://ia801300.us.archive.org/8/items/FP99589/99589.pdf.

Semoga bermanfaat.

Friday, July 2, 2021

Tuhfah al-Thullab fi Nazhm Masa-il al-Irsyad

 

Kitab Tuhfah al-Thullab fi Nazhm Masa-il al-Irsyad (تحفة الطلاب في نظم مسائل الإرشادmerupakan sebuah karya al-Qadhi Shafiyuddin Ahmad bin Umar al-Mazjad al-Zabidi al-Syafi’i (929H).

Kitab ini disusun dalam bentuk nazam (puisi) berdasarkan kitab al- Irsyad (الإرشاد) atau judul penuhnya Irsyad al-Ghawi ila Masalik al-Hawi (إرشاد الغاوي إلى مسالك الحاوي), iaitu sebuah karya al-Imam Ibn al-Muqri, Ismail bin Abu Bakr bin Abdullah al-Muqri al-Zabidi al-Yamani (755-837H). 

Kitab Tuhfah al-Thullab fi Nazhm Masa-il al-Irsyad ini mengandungi sebanyak 584 bait nazam.

Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan  تحفة الطلاب في نظم مسائل الإرشاد.

Semoga bermanfaat.

Tuesday, June 29, 2021

al-Mawahib al-Saniyyah bi Syarh al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah

 

Kitab al-Mawahib al-Saniyyah bi Syarh al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (المواهب السنية بشرح المقدمة الحضرمية) merupakan sebuah karya fiqh mazhab al-Syafi’i yang disusun oleh Syaikh Sa’id bin Muhammad Ba ‘Ali Ba’asyan al-Daw’ani al-Hadhrami (1220-1270H).

Kitab al-Mawahib al-Saniyyah ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (المقدمة الحضرمية) atau juga dikenali dengan judul Masa-ilal-Ta’lim (مسائل التعليم), iaitu sebuah karya al-Imam Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H). 

Kitab al-Mawahib al-Saniyyah telah diringkaskan sendiri oleh Syeikh Sa’id Ba’asyan al-Daw’ani melalui karyanya yang berjudul Busyra al-Karim bi Syarh Masa-il al-Ta’lim (بشرى الكريم بشرح مسائل التعليم). Perkara ini ada disebutkan oleh Syeikh Sa’id Ba’asyan dalam pendahuluan kitab Busyra al-Karim. Menurut beliau ketebalan kitab Busyra al-Karim hampir separuh ketebalan kitab asalnya (al-Mawahib al-Saniyah ).

Kitab Busyra al-Karim ini lebih terkenal sebagai syarah kitab Masa-il al-Ta’lim berbanding kitab al-Mahawahib al-Saniyyah, kerana ia telah dicetak dan diiterbitkan untuk bacaan dan rujukan para ulama dan penuntut ilmu. Sedangkan kitab al-Mawahib al-Saniyyah, penulis sendiri belum mendapat maklumat kewujudannya ketika ini, sama ada dalam bentuk manuskrip maupun bentuk cetakan.

Berdasarkan kitab Busyra al-Karim yang diterbitkan (cetakan 1 - 2004/1425) oleh Dar al-Minhaj, ia dicetak dalam satu jilid dengan 718 halaman. Kitab ini dalam bentuk file PDF boleh dimuat turun di بشرى الكريم / بشرى الكريم.

Semoga bermanfaat.

Monday, June 28, 2021

Kitab al-Fawaid al-Makiyyah (الفوائد المكية)

 

Kitab al-Fawaid al-Makiyyah (الفوائد المكية) atau judul lengkapnya al-Fawaid al-Makiyyah Fi Ma Yahtajuhu Thabah al-Syafi’iyyah Mn al-Masail wa al-Dhawabith wa al-Qawa’id al-Kulliyyah (الفوائد المكية فيما يحتاجه طلبة الشافعية من المسائل والضوابط والقواعد الكلية ) merupakan sebuah karya yang berkaitan usul dan qawaid fiqh yang disusun oleh al-Imam al-Sayyid ‘Alawi bin Ahmad bin Abdur Rahman al-Saqqaf al-Syafi’i al Makkiy (1255H-1335H).

Kitab ini sangat diperlukan dan menjadi panduan para ulama dan penuntut ilmu dalam mazhab Syafi’i kerana padanya sangat banyak terkandung faedah-faedah bagi setiap hukum hakam dalam Islam. Dalam kitab ini juga penyusunnya membahaskan mengenai kewajipan menuntut ilmu serta adab adab yang wajib dipelihara.

Sayyid ‘Alawi al-Saqqaf kemudiannya telah meringkaskan kitab al-Fawaid al-Makiyyah ini dengan sebuah karya beliau yang berjudul Mukhtashar al-Fawaid al-Makkiyyah Fi Ma Yahtajuhu Thaolabat al-Syafi’iyyah ().

Kitab al-Fawaid al-Makiyyah boleh dimuat turun di pautan الفوائد المكية. Manakala kitab ringkasannya di pautan Mukhtashar al-Fawaid al-Makiyyah.

Semoga bermanfaat.

Sunday, June 27, 2021

al-Fawaid al-Mardhiyyah Syarh Mukhtashar al-Lathif

 

Kitab al-Fawaid al-Mardhiyyah Syarh Mukhtashar al-Lathif (الفوائد المرضية شرح المختصر اللطيف) merupakan sebuah karya fiqh Mazhab Syafi’I yang disusun oleh al-Imam Syamsuddin Muhammad bin Syihabuddin Ahmad bin Hamzah al-Ramli (919-1004H).

Kitab al-Fawaid al-Mardhiyyah ini disusun sebagai huraian bagi kitab Mukhtashar al-Lathif (المختصر اللطيف) , iaitu sebuah ringkasan fiqh yang disusun oleh al-Imam al-‘Allamah al-Faqih ‘Abdullah bin ‘Abdul Rahman Bafadhal al-Hadhrami (850-918H).

Antara yang menjadi kekaguman kita terhadap kitab al-Fawaid al-Mardhiyyah adalah ianya telah ditulis berdasarkan ingatan dan hafazan sahaja tanpa merujuk mana mana kitab. Imam Syamsuddin Ramli menyebut dalam muqadimah kitabnya;

و علقته من حفظي من غير مراجعة كتاب

Dibandingkan dengan kitab-kitab syarah yang lain, Imam Ramli menyatakan bahawa syarahan beliau ini adalah ringkas , tanpa diletakkan perbahasan yang rumit seperti perbezaan-perbezaan pendapat  ulama mengenai sesuatu perbahasan. Ianya sekadar menghuraikan lafaz matan dan menyempurnakan maksud yang dikehendaki dalam matan.

Salah seorang pengajar Fiqh Mazhab Syafi’i, Dr Labib Najib Abdullah telah melihat bahawa kurangnya mereka yang mentahqiq kitab al-Fawaid al-Mardhiyyah,  maka beliau telah berusaha mentahkik kitab ini dengan merujuk kepada 6 buah makhtutat (manuskrip) yang berada di Maktabah al-Ahqaf dan disempurnakan cetakannya.

Berdasarkan kitab yang diterbitkan oleh Dar al-Dhiya’, Kuwait pada tahun 2021, kandungan kitab ini merangkumi 256 halaman.

Sukacita juga dinyatakan bahawa muhaqiq kitab ini, Dr Labib Najib Abdullah telah mengadakan daurah kitab ini dan telah diletakkan di dalam youtube rakaman penuhnya. Daurah ini boleh diikuti di pautan  https://youtube.com/playlist...

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan  الفوائد المرضية  (bukan terbitan Dar al-Dhiya').

Semoga bermanfaat.


Juz'un fi al-Tahni'ah fi al-A'yad wa Ghairiha

 

Kitab Juz'un fi al-Tahni'ah fi al-A'yad wa Ghairiha (جزء في التهنئة في الأعياد وغيرها) merupakan sebuah karya yang disusun oleh al-Hafiz Abu al-Fadhl Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani (773-852H). Beliau yang terkenal dengan julukan Ibnu Hajar al-'Asqalani ini adalah seorang ulama terkenal dalam bidang Hadis.

Kitab yang kecil ini mengandungi fatwa yang disusun oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani sebagai jawapan bagi persoalan yang berkaitan dengan ucapan tahniah ketika menyambut hari raya dan selainnya. Dalam kitab ini beliau mengeluarkan fatwa bahawa perkara tersebut adalah perkara yang masyru’ah (yang disyariatkan) dalam Islam. Fatwa ini muncul setelah beliau meneliti beberapa riwayat dan atsar dari para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in, serta pandangan para ulama mazhab yang empat. Semua riwayat dan pandangan para ulama yang menjadi penelitian dan rujukan beliau tersebut dihimpunkan dalam kitab ini.

Berdasarkan kitab yang diterbitkan oleh Darul Basya-ir, Beirut (cetakan 1/2004), kandungan merangkumi 55 halaman. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan جزء في التهنئة في الأعياد وغيرها.

Semoga bermanfaat.

Friday, June 11, 2021

Ghayah al-Muna Syarah Safinah al-Naja

 

Kitab Ghayatul Muna Syarah Safinah al-Naja  ( غاية المنى بشرح سفينة النجا ) merupakan merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun Syeikh Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Ba ’Athiyyah ad-Du’ani al-Hadhrami.

Kitab ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab Safinah al-Naja fi Ushul al-Din wa al-Fiqh ( سفينة النجا في اصول الدين والفقه ), iaitu sebuah karya al-'Allamah Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami (1271H). Ia merupakan sebuah huraian kitab Safinah al-Naja yang agak meluas berbanding kitab-kitab syarah sebelumnya.

Dalam kitab Ghayah al-Muna ini, bukan sahaja dihuraikan kandungan asal kitab Safinah al-Naja, bahkan ditambahkan huraian bagi beberapa permasalahan fiqh yang tidak disebutkan oleh penyusun kitab Safinah al-Naja. Berikut ialah pembahagian kandungan kitab ini;      

1.  Huraian bagi kandungan asal kitab Safinah al-Naja, yang meliputi Kitab bersuci, Kitab Solat, Kitab Jenazah dan Kitab Zakat.

2.  Huraian bagi Kitab Puasa; ia merupakan tambahan yang dilakukan oleh Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi ketika penyusunan huraian bagi kitab Safinah al-Naja, yang berjudul Kasyifah al-Saja.

3.   Huraian bagi kitab Haji dan umrah, yang merupakan tambahan Syeikh Muhammad al-Du’ani sendiri bagi melengkapkan perbincangan mengenai bahagian ibadat. 

Kitab Ghayah al-Muna boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/Kitab-Ghoyatul-Muna-Syarah-Safinatun-Naja.

Semoga bermanfaat.

Friday, May 21, 2021

Mathla' An-Najmain


Kitab Mathla’  An-Najmain () merupakan sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang disusun dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Abdul Ghani Jabal Maraqy. 

Sebahagian besar kandungan kitab ini dipetik daripada kitab Mathla’ Al-Badrain wa Majma’ Al-Bahrain (), iaitu sebuah karya al-‘Allamah Syaikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathani (). Walau bagaimana pun terdapat sedikit sebanyak tambahan sebagai penjelasan supaya mudah difahami oleh para pelajar dan juga orang awam. 

Kitab Mathla’ An-Najmain ini telah diterbitkan dalam dua jilid dengan edisi Rumi dan Jawi. Berikut disebutkan secara ringkas isi kandungan kedua-dua jilid tersebut;  

Mathla’ An-Najmain (1) – Membicarakan Tentang Bersuci, Solat, Orang Musafir dan Yang Keuzuran. Kitab ini mengandungi;

Bab bersuci (14 fasal) : Antaranya: *Cara bersuci.*Penggunaan bejana emas dan perak.*Hukum berwuduk. *Hukum istinja. *Adab melakukan qada hajat.*Yang membatalkan wuduk. *Wajib mandi dan fardu mandi.*Menyapu khof (moza). *Hukum tayamum. *Najis dan cara menghilangkannya.*Hukum haid, nifas dan istihadah. *Orang yang tiada dua pencuci (

فاقد الطَّهورَين). 

Bab solat jamak dan qasar (4 fasal) : Hukum solat jamak dan qasar.*Solat jamak ketika safar dan ketika hujan .*Jamak Asar bersama Jumaat. *Jamak takdim ketika hujan. 

Bab Solat Ketakutan. 

Bab Penggunaan Alkohol (2 fasal) : Penggunaan wangian yang bercampur alkohol. *Beberapa fatwa para ulama dahulu dan kini. 

 

Mathla’ An-Majmain (2) – Membicarakan Ibadat Puasa, Zakat, Haji & Umrah. Kitab ini mengandungi lima bab ibadat iaitu; 

Bab Puasa - antara yang disentuh ialah syarat-syarat sah puasa, yang membatalkan puasa, orang yang harus berbuka, kifarat puasa dan fidyah. Pada iktikaf disentuh rukun-rukun dan syarat-syarat sah iktikaf. 

Bab Zakat --antara yang disentuh ialah ; orang yang wajib mengeluarkan zakat, jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat, nisab zakat, zakat fitrah dan orang yang berhak menerima zakat. 

Bab Haji dan Umrah - Antara yang disentuh ialah syarat-syarat wajib haji, miqat haji dan umrah, rukun-rukun haji dan umrah, syarat-syarat tawaf dan sai’i, wajib-wajib haji dan umrah, ihram haji dan umrah, tawaf wida’, dam (fidyah) dan sekatan. 

Bab Korban - disentuh tentang syarat-syarat sah korban, binatang yang patut dibuat korban dan hukum daging korban. 

Semoga bermanfaat.


Thursday, May 20, 2021

al-Anwar al-Saniyyah 'ala al-Durar al-Bahiyyah


Kitab al-Anwar al-Saniyyah ‘ala al-Durar al-Bahiyyah (لأنوار السنية على الدرر البهيةmerupakan sebuah kitab yang disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Qudus bin Abdul Qadir al-Khathib (1280-1335/1863-1917), seorang ulama asal Nusantara (Indonesia) yang terkenal di Makkah al-Mukarramah pada zamannya.

Kitab ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Durar al-Bahiyyah fiima yalzamu al-Mukallaf min al-‘ulum al-syar’iyyah  (الدرر البهية فيما يلزم المكلف من العلوم الشرعية), iaitu sebuah kitab yang disusun oleh Syaikh al-‘Allamah Abu Bakr Utsman bin al-‘Arif Billah Sayyid Muhammad Zainuddin Syatha al-Dimyathi al-Syafi’i.

Syaikh Abu Bakr bin Muhammad Syatha al-Dimyathi (أبي بكر بن محمد شطا الدمياطي)  dilahirkan pada tahun 1266H/1850M dan wafat tahun 1310H/1893M. Beliau merupakan  seorang guru yang terkenal di Masjid al-Haram Makkah dan salah seorang murid al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Mufti al-Syafi’iyyah di Makkah al-Mukarramah pada zamannya.

Kitab al-Anwar al-Saniyyah pula telah diberikan huraian (hasyiah) oleh Dr al-Nu'man al-Syawi dengan karyanya yang berjudul Hasyiah al-Aliy al-Mudhiyyah 'ala al-Anwar al-Saniyyah ( حاشية الآلي المضية علي الأنوار السنية ).

Kitab al-Anwar al-Saniyyah dan kitab al-Durar al-Bahiyyah boleh dimuat turun di pautan https://ia801005.us.archive.org/0/items/Figh16000/Figh17525.zip  (  لأنوار السنية على الدرر البهية  ( dan   https://ia800703.us.archive.org/24/items/feqh-02/1325-.zip     )  الدرر البهية  (.

Semoga bermanfaat,

Friday, March 26, 2021

Tugas Raqiib –‘Atiid Mencatat Rapi Semua Amalan Anda

 

Buku “Tugas Raqiib –‘Atiid Mencatat Rapi Semua Amalan Anda”  adalah sebuah buku yang disusun oleh al-Marhum Ust. Abdullah al-Qari bin Hj Salleh (1936 - 2020).

Buku setebal 116 halaman ini, diterbitkan sendiri oleh penyusunnya melalui syarikat penerbitannya Pustaka Angkatan Sayap Al-Islam (ASA), Kubang Kerian, Kelantan dengan cetakan pertama tahun 1991. Sekadar pengamatan saya, buku ini mungkin belum diterbitkan kembali oleh penterjemahnya atau mana-mana syarikat penerbitan lain.

Sebagaimana judulnya, isi kandungan buku ini membicarakan mengenai malaikat Raqib dan Atiq serta peranan / tugasan mereka.

Isi kandungan buku ini telah dibicarakan dalam 27 tajuk, antaranya;

1.       Lauh Mahfuudz Dan Hubungannya Dengan Amalan Manusia. 

2.       Pembahagian Malaikat Hafadzah.

3.       Sumber Pencatatan Rapi Malaikat.

4.       Hukum Mengingkari Malaikat Pencatat.

5.       Cukupkah Mengimani Malaikat Secara Keseluruhannya?

6.       Beberapa Nama Malaikat Pencatat.

7.       Alat-Alat Tulisan Malaikat.

8.       Siapa Dituliskan Amalan?

9.       Siapa Tak Dituliskan Amalan?

10.   Bahan-Bahan Catatan Malaikat.

11.   Keluhan Manusia Ditulis.

12.   Penulis Kanan dan Penulis Kiri.

13.   Tempat Duduk Malaikat Amat Dekat.

14.   Bagaimana Malaikat Menulis Amalan Hati.

15.   Malaikat Penulis Bertanya Allah.

16.   Penangguhan Dalam Menulis Amalan.

17.   Penulisan Amalan Pesakit.

18.   Penulisan Amalan Berterusan Sehingga Kiamat.

19.   Dosa-dosa yang dihapuskan.

20.   Janganlah Mengganggu malaikat Penulis.

21.   Malulah kepada Malaikat Pencatat.

22.   Amalan Malaikat Tak Ditulis.

23.   Buku Dikalung dan Disimpan.

24.   Suasana Terima Buku Amalan.

25.   Natijah Mengimani Malaikat Pencatat.

26.   Beberapa Penelitian Tokoh Ulama.

27.   Niyatkan, Rancang dan Berhati-hati.

Semoga bermanfaat.


Tuesday, March 23, 2021

Mawa’izhus Shalihiyyah fil Ahaditsin Nabawiyyah

 

Kitab Mawa’izhus Shalihiyyah fil Ahaditsin Nabawiyyah (مواعظ الصالحية في الأحاديث النبوية(Petuah Orang-Orang Saleh dalam Hadits-Hadits Nabi) adalah sebuah karya ulama besar Nusantara asal Bengkel, Lombok (Nusa Tenggara), yaitu Tuan Guru Haji (TGH) Soleh Hanbali (TGH Soleh Bengkel).

Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu aksara Arab (Jawi) dan merupakan terjemah berbahasa Melayu dari kitab berbahasa Arab berjudul Maw'izah al-‘Ushfuriyyah (مواعظ العصفورية) yang berisi kajian atas hadits-hadits Nabi yang disertai dengan bubuhan hikayat-hikayat orang saleh yang penuh dengan hikmah dan keteladanan yang menggugah gairah keimanan.

Dalam halaman sampul tertulis judul dan keterangan demikian:

 اين كتاب بنما/ مواعظ الصالحية في الأحاديث النبوية/ ترجمة درفد/              مواعظ العصفورية في الأحاديث النبوية/ دان اياله يغ ملغكفي أتس أمفت فوله درفد ببراف حديث نبوية، بسرة ببراف فائدة   تاريخية، دان ببراف حكاية صوفية دان ببراف كبائكن أدابية دغن بهاس ملايو (اندونيسيا)                                                                                                                         

 “Ini kitab bernama Mawa’izhus Shalihiyyah fil Ahaditsin Nabawiyyah / terjemah daripada Hikayah al-‘Ushfuriyyah fi al-Ahadits al-Nabawiyyah/ dan ialah yang melengkapi atas empat puluh daripada beberapa hadits nabawi, beserta beberapa faidah tarikhiyyah, dan beberapa hikayat sufiyah dan beberapa kebaikan adabiyah dengan bahasa Melayu (Indonesia)”.

Keterangan penerjemah bahasa Melayu atas kitab tersebut terdapat di bawah judul di atas. Tertulis di sana:

أوله همب الله المذنب الجاني محمد صالح حنبلي بغكل لمبوك أنفناني عفر الله له ولوالديه ولمشايخه وللمسلمين آمين

 “Oleh hamba Allah al-mudznib al-jani (yang berdosa dan bersalah) Muhammad Soleh Hanbali Bengkel Lombok Ampenan, semoga Allah mengampuninya, juga kedua orang tuanya, guru-gurunya, dan semua umat Islam Amin.”

Kitab ini kemudian dicetak oleh Percetakan Salim Nabhan wa Awladuh, salah satu percetakan dan penerbit kitab-kitab karya ulama Nusantara yang produktif dan berbasis di Surabaya. Jumlah keseluruhan halaman versi cetak Salim Nabhan ini adalah 161 halaman. Tidak terdapat keterangan titimangsa penyelesaian karya ini, juga tidak didapati keterangan tahun cetak. Namun, besar kemungkinan kitab ini dicetak dalam rentang masa 1960-1970-an.

Saya sendiri mendapatkan versi cetakan ini di rak perpustakaan kantor PCNU Kota Surabaya, Jawa Timur, pada akhir bulan April yang lalu.

Kata pengantar (muqaddimah) kitab ini ditulis dalam halaman sampul juga. TGH Soleh Bengkel menuliskan pengantarnya dengan sangat singkat dan dalam bentuk puisi. Tertulis di sana:

 

انيله سوات فنداهلوان * دهادفكن كحضرة اخوان

دجهايكن الله موكا سؤراغ * مندغر حديث يغ جمرلغ

مك دتونيكندي كلائن اورغ * سفرت يغدغرث دغن ترغ

براغسياف ميمفيكن كسوداراث * امفت فوله حديث فد اكماث

دبغكيتكن الله دهاري قيامتث * فد كمفولن فقهاء دان علماءث

دكتاكن اورغ فولا بكيث * ماسق له شركا برغ فيتوث

 (Inilah suatu pendahuluan * dihadapkan kehadirat ikhwan

Dicahayakan Allah muka seorang * mendengar hadits yang cemerlang

Maka ditunaikan dia ke lain orang * seperti yang dengarnya dengan terang

Barangsiapa menyampaikan ke saudaranya * empat puluh hadits pada agamanya

Dibangkitkan Allah di hari kiamatnya * pada kumpulan fuqaha dan ulamanya

                Dikatakan orang pula baginya * masuklah surge [sem]barang pintunya).


Kitab ini mendapatkan taqrizh (endorsement) dari dua ulama besar Lombok, yaitu TGH Abdul Hafizh Salman (Kediri, Lombok), TGH Ibrahim al-Khalidi (Kediri, Lombok);

“ Adapun kitab Mawa’izh al-Ushfuriyyah (Petuah Burung Pipit) yang diterjemahkan oleh TGH Soleh Bengkel, adalah kitab berbahasa Arab karangan Syaikh Muhammad b. Abu Bakar al-Ushfuri. Biografi Syaikh al-‘Ushfuri sendiri tidak banyak diketahui”.

Namun demikian, kitab ini sangat populer di kalangan pesantren tradisional di Nusantara, karena kandungan isinya yang menarik dan penting. Mawa’izh al-Ushfuriyyah memuat 40 buah hadits (meski banyak yang mengkritik jika terdapat beberapa hadits dhaif/ lemah di dalamnya) disertai hikayat-hikayat keteladanan penggugah jiwa. Mawa’izh al-Ushfuriyyah mengetengahkan hikayat-hikayat moralitas yang dapat dijadikan pembaca dan pengkajinya untuk bagaimana menjalani kehidupan dengan semestinya.

Selain TGH Soleh Bengkel yang menerjemahkan kitab Mawa’izh al-Ushfuriyyah ke dalam bahasa Melayu beraksara Arab (Jawi), terdapat juga KH. Bisri Musthafa Rembang yang menerjemahkan kitab tersebut ke dalam bahasa Jawa beraksara Arab (Pegon).

Sumber : https://alif.id/read/ahmad-ginanjar/mawaizhus-shalihiyyah-kitab-al-ushfuriyyah-melayu-karya-tgh-soleh-bengkel-lombok-b209907p/

Monday, March 22, 2021

Tamrinul Lisan fi Ma'rifati Tajwidil Quran

 

Kitab Tamrinul Lisan fi Ma’rifati Tajwidil Quran (تمرين اللسان في معرفة تجويد القرآنadalah karangan seorang ulama Nusantara asal Jambi (Sumatra) yang mengajar di Masjidil Haram di Makkah pada paruh pertama abad ke-20, yaitu Syaikh Hasan b. Yahya al-Jambi (dikenal dengan Syaikh Hasan Jambi atau Guru Hasan Anang Jambi, 1895-1940 M).

Tertulis keterangan pada halaman sampul judul kitab dan nama pengarang dalam bahasa Melayu Jawi bercampur bahasa Arab:

 انيله كتاب يغبرنما تمرين اللسان في معرفة تجويد القرآن/ كراغن همبا يغ فقير لاكي مغاجر دمسجد الحرام/ دمكة المشرفة يائت حسن بن الحاج يحي/ أورغ نكري جمبي الجاوي عفى/ الله عنه وعن والديه وعن/ حميع المسلمين/ آمين

Inilah kitab yang bernama ia Tamrinul Lisan fi Ma’rifah Tajwidil Qur’an/ karangan hamba yang faqir lagi mengajar di Masjidil Haram/ di Makkah al-Musyarrafah yaitu Hasan bin Haji Yahya/ orang negeri Jambi Jawi (Nusantara) ‘afa/ Allah ‘anhu wa ‘an walidaihi wa ‘an/ jami’ al-muslimin (semoga Allah berkenan mengampuninya, kedua orang tuanya, dan semua orang Muslim)/ amin.

Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu aksara Arab (Jawi) dan berisi kajian ilmu tajwid  (fonologi Arab) dan tatacara membaca Alquran yang baik dan benar. Dalam kolofon, didapati keterangan jika karya ini diselesaikan di Makkah pada Rabu, 20 Rajab 1344 H (1926 M). Syaikh Hasan Jambi menulis:

 دان تله سلسي اكو درفد مهيمفونكن اين كتاب يغ كجيل فد هاري ربوع فد تغكل دوافوله درفد بولن رجب تاهون سريبو تيكاراتوس أمفت فوله أمفت درفد هجرة نبي محمد سيد المرسلين

Dan telah selesai aku daripada me[ng]himpunkan ini kitab yang kecil pada hari Rabu pada tanggal Dua Puluh daripada bulan Rajab tahun Seribu Tiga Ratus Empat Puluh Empat [22 Rajab 1344] daripada Hijrah Nabi Muhammad Sayyidul Mursalin. 

 Kitab ini kemudian dicetak oleh Mathba’ah al-Taqaddum al-‘Ilmiyyah, Kairo, Mesir, pada  1345 H (1927 M). Percetakan tersebut dikelola oleh para ahli waris Syaikh Muhammad ‘Abd al-Wahid Bek al-Thubi. Versi cetakan al-Taqaddum al-‘Ilmiyyah ini menghimpun tebal kitab 44 halaman.

Dalam muqaddimah, pengarang menulis:

 هذه رسالة صغيرة سميتها تمرين اللسان في معرفة تجويد القرآن ألفته في غاية من الاضاح والبيان ليسهل فهمه على المبتدئين والإخوان التقطته من الكتب المشهورة التي ألفها علماء الكرام وإني كنت لست أهلا لهذا المنهج والمقام ولكن أرجو من الله تعالى أن يرزقني التوفيق والالهام. ورتبت هذه الرسالة بمقدمة وثلاثة وعشرين فصلا وخاتمتين راجيا من الله تعالى حسن الختام

Ini adalah risalah yang kecil yang aku namakan Tamrinus Shibyan fi Ma’rifah Tajwidil Qur’an. Aku mengarangnya dengan penjelasan yang gambling agar mudah difahami oleh para pelajar pemula dan para saudara. Aku merujuk pada beberapa kitab yang masyhur yang telah dikarang oleh para ulama besar. Sesungguhnya aku bukan orang yang ahli dalam bidang ini, namun aku berharap kepada Allah agar memberikanku petunjuk dan ilham. Aku menyusun risalah ini atas mukaddimah, dua puluh tiga pasal, dan dua penutup (khatimah). Aku juga berharap kepada Allah agar memberikanku husnul khatimah.

Kitab ini juga mendapatkan taqrizh (endorsement) dari lima orang ulama Makkah, yaitu Syaikh Muhammad Kamil, yang tercatat sebagai mudir al-ma’arif al-‘umumiyyah (kepala bidang pendidikan) Makkah, Syaikh ‘Abdullah b. Qasim Sanqura, ulama Makkah asal Senggora (Semenanjung) yang tercatat sebagai ra’is al-qurra fi Makkah (kepala para qurra di Makkah), serta tiga ulama besar Makkah asal Nusantara, yaitu Syaikh Muhammad Ramli b. Muhammad Zubaidi Fathani (asal Pattani), Syaikh Muhammad  Arsyad b. ‘Amru Sumbawa al-Jawi (asal Sumbawa, yang juga ditulis sebagai guru pengarang), dan Syaikh Muhammad b. Dawud al-Fathani (asal Pattani, yang juga ditulis sebagai kolega dekat pengarang).

Syaikh Hasan Jambi dilahirkan di Kampung Tengah, Jambi, pada 1895. Ayahnya, Haji Anang Yahya, seorang saudagar kaya sekaligus pemilik kedai penjualan kitab terbesar di kota Jambi. Pada 1919, Syaikh Hasan Jambi pergi ke Makkah dan bermukim di sana selama kurang lebih delapan tahun.

Di Makkah, beliau berguru kepada Syaikh Muhammad Arsyad Sumbawa, Syaikh Mukhtar Bogor, Syaikh Sa’id Yamani, Syaikh Abdullah Qasim Senggora, dan lain-lain.

 Pada tahun-tahun terakhirnya di Makkah, Syaikh Hasan Jambi mendapatkan lisensi untuk mengajar di Masjidil Haram. Ia pun mengajar di sana sejak sekira 1925 hingga 1927, di mana pada tahun terakhir ia pulang ke Jambi dan mengajar di Madrasah Nurul Iman, salah satu institusi pendidikan Islam tradisional yang terkemuka di tanah Jambi. Selang beberapa waktu kemudian, Syaikh Hasan Jambi pun diangkat untuk menjadi kepala Madrasah Nurul Iman selama kurang lebih sepuluh tahun lamanya (1928-1938).

Madrasah Nurul Iman sendiri didirikan pada  1915 yang hingga sekarang masih eksis. Nurul Iman menjadi salah satu institusi pendidikan terbesar dan terkemuka di Jambi pada masanya. Ada banyak ulama besar yang pernah mengajar di sana, yang bukan hanya berasal dari Jambi, tetapi juga dari Makkah.

Nurul Iman terhubung dengan jaringan intelektual ulama Nusantara-Timur Tengah yang berhaluan tradisionalis (Ahlus Sunnah wal Jama’ah/ Aswaja). Masa kejayaan institusi ini berlangsung pada 1920 hingga 1970-an. Di antara ulama terkemuka pada paruh pertama abad ke-20 M yang pernah berkunjung dan mengajar di Nurul Iman adalah Syaikh Sa’id Yamani beserta dua orang putranya, Syaikh Muhammad Shalih Yamani dan Syaikh Hasan Yamani, Syaikh Abdullah Shadaqah Zaini Dahlan (keponakan Saikh Ahmad Zaini Dahlan Makkah yang wafat di Karang Pawitan, Garut, Jawa Barat), Syaikh Muhammad ‘Ali b. Husain al-Maliki al-Makki,  dan lain-lain.

Melihat deretan nama-nama ulama di atas, sudah bisa dipastikan jika Syaikh Hasan Jambi dan Madrasah Nurul Iman Jambi terhubung dengan sangat kuat dengan ulama sezamannya dari tanah Jawa, yaitu Hadratus Syaikh KH. M. Hasyim Asy’ari (Tebuireng, Jombang, w. 1947).

Nama-nama ulama Makkah yang disebutkan di atas adalah juga para guru dan kolega dari Kiai  Hasyim. Mereka juga pada kurun masa 1925-1940-an berkunjung ke pesantren Tebuireng Jombang dan beberapa pesantren tradisional lainnya di Jawa. Ini artinya, Syaikh Hasan Jambi dan Madrasah Nurul Iman Jambi sangat berkerabat dekat dengan Jam’iyyah Nahdlatul Ulama (NU) dan pesantren-pesantren tradisionalis lainnya di Sunda-Jawa-Madura dan seluruh wilayah Nusantara lainnya.

Syaikh Hasan Jambi meninggalkan beberapa karya, yang ditulisnya dalam bahasa Melayu aksara Arab (Jawi). Di antara karya-karya beliau adalah;

1.       Taqribul ‘Awam  li Ma’rifatil Fiqh wal Ahkam dalam bidang kajian ilmu fikih,

2.       Nailul Mathlub fi A’malil Juyub dalam bidang kajian ilmu astronomi,

3.       Nurul Huda yang berisi pandangan Syaikh Hasan Jambi yang menolak pendapat-pendapat kaum muda di Sumatera,

4.       Ta’limus Shibyan dalam bidang kajian ilmu tauhid, dan

5.       Tamrinul Lisan dalam bidang kajian ilmu tajwid yang kita bicarakan di atas.

Sumber:  https://alif.id/read/ahmad-ginanjar/tamrinul-lisan-ilmu-tajwid-melayu-karya-syaikh-hasan-yahya-jambi-1926-b209845p/

Saturday, March 20, 2021

Islam Bermazhab atau Tidak Bermazhab

 

Buku Islam Bermazhab atau Tidak Bermazhab merupakan sebuah buku yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di bawah Siri Penerbitan Percuma Bil. (60). Buku ini telah diterbitkan dengan cetakan pertamanya pada tahun 2016 (3,000 naskhah).

Kandungan buku ini adalah saringan dari sebuah karya asal yang disusun oleh al-‘Allamah al-Syahid Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti (1929-2013) seorang ulama terkenal dari Syria yang berjudul Alla Mazhabiyyah Akhthar Bid’ah Tuhahaddid al-Syari’ah (اللامذهبية أخطر بدعة تهدد الشريعة). Manakala saringannya telah diusahakan oleh al-Marhum Ustaz Mohd. Labib Ahmad.

Bagi Maklumat lanjut mengenai sejarah penerbitan buku ini dan sedikit informasi kandungannya, berikut dilampirkan petikan kata penyelenggara bagi penerbitan buku ini, iaitu Abdul Razak Mahmud.

Kebelakangan ini, berbarengan dengan munculnya era modenisma atau malah liberalisma yang  menyaksikan maraknya unsur kebebasan berfikir dalam kehidupan umat, termasuk dalam hal-hal agama, maka di sana sini bergaung slogan-slogan baharu yang mengajak umat ke arah fahaman “baharu” dalam agama atau dalam kehidupan beragama. Slogan-slogan ini yang berselindung di balik tabir “pembaharuan agama” atau “ reformasi agama” sangat gencar digerakkan di dunia Islam kini. Hasilnya, maka muncullah gerakan-gerakan ke arah kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, galakan berijtihad, membuka kembali pintu ijtihad yang “kononnya” tertutup atau telah ditutup atau malah seruan-seruan ke arah menafsirkan semula al-Quran dan menilai kembali al-Hadith agar  supaya sesuai dengan kehendak zaman larangan bertaqlid dan lain-lain sebagainya. Pada masa yang bersamaan, terbitlah banyak buku-buku yang mendokong trend ini, di samping tak kurang pula muncul istilah-istilah yang dahulunya tak dikenal seperti Islam liberal, Islam rasional, Islam tanpa mazhab dan lain-lain.

Risalah kecil ini cuba membahas masalah ini dan berusaha menundukkannya secara tuntas. Benarkah orang tidak digalakkan bertaqlid, malah dilarang bertaqlid. Benarkah mazhab tidak perlu, malah mazhab menurut pandangan mereka tidak muncul kecuali setelah berlalu zaman Rasulullah s.a.w., zaman sahabat dan tabi’in. Maka itu, tanya mereka, sebelum mazhab muncul apakah yang menjadi ikutan umat? Jawapannya tidak lain tentulah al-Quran dan al-Sunnah. Demikian analogi mereka. Benarkah demikian, atau benarkah taqlid tidak dibenarkan? Jika benar demikian, maka akan ke manakah “orang awam” akan berpandu. Hendak berijtihad, atau paling dha’if, untuk memahami kitab, awak tidak mampu.

Di sebaliknya pula timbul persoalan: Apakah setiap orang layak berijtihad atau mampu memahami al-Quran dan al-Sunnah sebagaimana yang diserukan oleh “tokoh-tokoh modernis” atau “pembaharu” ini? Jika demikianlah keadaannya, maka bagaimana pula halnya dengan orang awam atau awam al-Muslimin yang bukan sahaja tidak mampu memahami dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah, malah ramai pula yang buta huruf. Sejatinya pintu ijtihad tidak pernah “ditutup”. Ia sentiasa terbuka dan boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja yang layak dan ahli. Di sebaliknya pula, bagi mereka yang tidak layak dan bukan ahli, maka kepada mereka dibenarkan untuk bertaqlid kepada mana-mana imam mujtahid. Pada tahap ini, penting dicatat bahawa orang janganlah hendaknya mengecam taqlid, apa lagi secara melulu pula, sebagaimana yang dilakukan oleh “kaum muda” atau mereka yang berfikiran moden itu, kerana bukan semua orang mampu membebaskan dirinya daripada bertaqlid. Atau dalam perkataan lain bukan semua orang mampu berijtihad atau memenuhi syarat-syarat untuk menjadi mujtahid. Sebaliknya, bagi orang awam seperti kita, taqlid menjadi semacam suatu keharusan pula. 

Benarlah, bahawa para imam-imam mazhab tidak meminta orang awam agar bertaqlid kepada mereka, tetapi kalau setiap orang diminta supaya berijtihad, sedangkan syarat-syarat untuk berijtihad tidak ada atau tidak mencukupi, maka tak dapat tidak pada waktu itu akan lahirlah dalam masyarakat golongan “mujtahid gadongan” atau mujtahid jadi-jadian dengan masing-masing akan mengeluarkan pendapat atau fatwa dalam agama berdasarkan hawa nafsu atau kepentingan masing-masing pihak sehingga akan kucar- kacirlah agama kerana terlalu banyak pendapat yang saling berseleweran dan tidak benar. 

Akhirnya umat ini akan berpecah-belah, berpuak-puak, “sesat dan menyesatkan”. Mereka yang melarang bertaqlid, sebaliknya menggalakkan berijtihad, sebahagiannya adalah kerana dorongan untuk membuang kebekuan atau ke “jumud”an umat. Bagi mereka ini, kebekuan umat adalah terjadi kerana taqlid, tidak bersikap berani, tidak progresif, tidak rasional, tidak terbuka dan macam-macam lagi. Pada hal sebenarnya keterbelakangan umat ini bukan kerana amalan bertaqlid. Dalam perkataan lain, taqlid bukan menjadi biang keladi kepada kejumudan umat Islam kini. Penyakitnya terletak di tempat lain - bukan taqlid. Bagaimanapun, perbincangan mengenai hal ini tidak akan disentuh di sini kerana bukan pada tempatnya.

Buku ini adalah saringan daripada sebuah buku berbahasa Arab berjudul اللامذهبية أخطر بدعة تهدد الشريعة yang ditulis oleh seorang tokoh ulama’ Syria yang terkenal - Dr. Mohd. Sa’id Ramadhan al-Buti. Pada waktu buku ini saya baca pertama kali pada 1997, saya merasa sangat terkesan dan puas hati. Namun apa boleh buat, penguasaan bahasa Arab saya yang terhad tidak memungkinkan saya untuk penterjemahkan isi buku ini ke dalam bahasa Melayu.

Walaupun demikian, saking tertariknya saya kepada isi buku ini, sampai-sampai saya kemudian sempat mendiskusikannya dengan Ustaz Mohd. Labib Ahmad (alm.) sebelum menyerahkan naskhah buku berkenaan kepada beliau dengan harapan beliau akan berkenan menterjemahkannya ke bahasa Melayu, atau setidak-tidaknya, menyaring dan meringkaskannya untuk tatapan pembaca yang tidak berpeluang membacanya dalam bahasa Arab.

Saya ingat benar, pada saat itu saya masih lagi bertugas sebagai Editor Pengasuh (1991 - 2005). Maka alangkah gembiranya saya, apabila selepas dua bulan, saya tiba-tiba menerima kiriman dari beliau berupa naskhah saringan buku berkenaan yang ditulisnya dalam tiga bahagian. Apalagi, tanpa membuang waktu, saya lalu menyiarkan tulisan ini dalam tiga keluaran majalah Pengasuh; masing-masing pada bilangan 580 (Mei - Jun 2003), 581 (Julai - Ogos 2003) dan 582 (Sept - Ogos 2003).

Nah! Sekarang, bagi maksud agar supaya tulisan ini tersebar lebih luas, saya kembali mengambil inisiatif bagi menyunting semula naskhah ini dan menyelenggarakannya untuk diterbitkan dalam sebuah buku khusus agar mudah ditela’ah dan diteliti. Tidak lain tujuan saya dengan upaya ini, kecuali untuk menyajikan sebuah gagasan yang saya anggap sangat tepat dan jitu tentang konsep taqlid yang kini ramai dicemuh sebagai terkebelakang, kolot dan konsevartif. Mudah-mudahan, buku ini mampu memberikan sebuah wacana baharu kepada kita semua. Terima kasih. (11 Oktober 2015).

Buku ini boleh dibaca secara atas talian melalui pautan Islam Bermazhab atau Tidak Bermazhab.

Buku asalnya boleh dimuat turun di pautan https://ia801007.us.archive.org/7/items/Fiqh7000/Figh06302.zip

Semoga bermanfaat.

Thursday, March 18, 2021

Panduan Lengkap Solat Berjemaah Menurut Mazhab Syafi’e

 

Buku “Panduan Lengkap Solat Berjemaah Menurut Mazhab Syafi’e” merupakan sebuah karya fiqh mengenai solat yang disusun oleh H. Mujiburrahman dan diterbitkan oleh Pustaka Ilmi dengan cetakan pertama pada tahun 2001. Buku ini mengandungi 156 halaman.

Perbincangan dalam buku ini dikupas mengikut tajuk. Penulis membahagikan karya ini kepada 47 buah tajuk. Di mana 39 tajuk terawal memberi tumpuan utama mendedahkan dan memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai tatacara solat berjemaah berdasarkan mazhab Syafi’i yang menjadi pegangan umat Islam, khususnya di Malaysia. Di antara tajuk tersebut ialah solat berjemaah, pensyariatan solat berjemaah, solat yang paling utama berjemaah, hukum solat berjemaah, tempat solat yang lebih utama, solat dengan jemaah yang ramai jumlahnya, mempercepatkan langkah menuju ke masjid dan sebagainya.

Manakala tajuk-tajuk seterusnya dimasukkan beberapa keterangan tambahan mengenai beberapa isu dalam solat yang dianggap pihak tertentu sebagai tidak menepati sunnah atau bid’ah yang perlu ditinggalkan. Penulis membawakan hujah dan dalil sebagai mempertahankan amalan-amalan tersebut. Contohnya isu membaca usalli. Menurut penulis masalah ini di kenali dengan “talaffuz binniyyat” atau melafazkan niat iaitu mengucapkan lafaz niat dengan lidah sebelum takbir al-ihram. Penulis menegaskan bahawa melafazkan  niat ini adalah sunat. Beliau mendatangkan pelbagai hujah bagi menguatkan penyataannya seperti fatwa para ulama mazhab Syafi’i.

Rujukan utama karya ini ialah al-Qur‟an al-Karim dan kitab-kitab hadith. Selain itu, penulis karya ini juga merujuk kepada karya-karya fiqh turath seperti Nihayat al-Muhtaj, al-Mahalli, I’anah al-Talibin, Bujairimi ‟ala al-Minhaj, Hasyiah al-Syarqawi dan sebagainya. Penulis juga ada merujuk dua buah karya fiqh berbahasa Melayu (Indonesia) iaitu 40 Masalah Agama oleh Sirajudin Abbas dan Taudhih al-Adillah oleh Syafie Hazami – dua orang ulama terkenal dari Indonesia.

Secara umumnya karya ini menampilkan beberapa keistimewaan tertentu seperti bahasa yang mudah difahami, susunan yang teratur dan perbahasan isi yang baik. Namun, ia belum mencukupi untuk disenaraikan sebagai karya ilmiah. Justeru, karya popular ini baik untuk dimiliki oleh masyarakat sebagai bahan bacaan tambahan untuk memahami persoalan-persoalan solat jemaah menurut mazhab Syafi’i.

Semoga bermanfaat.

al-Isrâ’îliyyat wa al-Maudhû‘ât fi Kutub al-Tafsîr

 

Kitab al-Isrâ’îliyyat wa al-Maudhû‘ât fi Kutub al-Tafsîr (الإسرائيليات والموضوعات في كتب التفسير) adalah sebuah karya yang menyentuh perbahasan mengenai Israiliyyat dan hadis palsu dalam kitab-kitab tafsir. Kitab ini disusun oleh Syeikh Muhamad Abu Syahbah. Nama penuh beliau ialah Dr. Muhammad bin Muhammad bin Suwailim Abu Syahbah (1332-1403H /1914-1983M). Digelar dengan Abu Sadat. Beliau adalah seorang pakar hadith dan ulum al-Quran yang terkenal daripada Mesir.

Kitab ini dianggap disusun atas permintaan orang ramai serta gesaan dari gagasan Majma’ Buhûth al-Islamiyyah (Pusat Penyelidikan al-Azhar). Kitab ini dicetak pada tahun 1971 dan menjadi salah satu rujukan utama dalam perbahasan Israiliyyat. Kitab ini diangkat menjadi silibus bagi peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran di Universiti al-Azhar. Kitab ini juga telah diterjemahkan oleh ke dalam beberapa bahasa dunia termasuk dalam bahasa Malaysia dan Indonesia

Menurut Syeikh Abu Syahbah, judul asal yang dicadangkan bagi karya ini ialah al-Isrâ’îliyyat wa al-Maudhû‘ât fi Kutub al-Tafsîr, yang bermaksud Israiliyyat dalam kitab-kitab tafsir. Namun, beliau berpendapat adalah lebih baik menggabungkannya dengan hadith-hadith palsu (al-Maudhû’ât) kerana dalam kitab ini terdapat hadith-hadith palsu yang mendatangkan bahaya ke atas Islam dan Nabi Muhammad Saw. Maka terhasillah kitab al-Isrâ’îliyyat wa al-Maudhû’ât fi Kutub al-Tafsîr yang bermaksud kisah-kisah Israiliyyat dan hadith-hadith palsu dalam kitab-kitab tafsir.

Tujuan kitab ini ditulis ialah kerana dorongan dan desakan orang ramai menuntut beliau menulis berkaitan Israiliyyat ini antaranya Setiausaha Agung Majma’ Buhuth al-Islamiyyah dan Ahli Lembaga di Universiti al-Azhar iaitu Syeikh Abdul Halim Mahmud (Syeikhul Azhar kemudiannya) dan penggantinya Syeikh Muhammad Abdur Rahman Baisar. Dorongan ini bertepatan dengan keinginan yang ada dalam diri beliau iaitu mengarang sebuah kitab yang khusus menjelaskan tentang Israiliyyat yang terdapat di dalam kitab-kitab tafsir serta menyatakan kepalsuan dan kebatilannya. Ini kerana beliau telah lama mengkaji dan memberi tumpuan dalam bidang ini. Menyiapkan karya ini yang dirasakan sebagai kewajiban yang utama ke atas ulama’ Muslimin.

Masa yang telah ditetapkan untuk menyiapkan kitab ini adalah tiga bulan akan tetapi Syeikh Abu Syahbah mensyaratkan penambahan masa iaitu selama enam bulan. Namun, walaupun setelah pertambahan masa, beliau gagal menyiapkan pada waktu yang dijanjikan berikutan kekangan waktu dengan pelbagai bebanan dan tanggungjawab pada faktor usia yang semakin lanjut. Berikutan, bukanlah sifat beliau tergesa-gesa dalam sesuatu perkara. Matlamat yang ingin dicapai ialah kajian yang dijalankan dilakukan secara teliti dan berhatihati sehingga hatinya merasa tenang dan lapang dengan hasil kajian ditemui.

Kitab al-Isrâ’îliyyat wa al-Maudhû’ât fi Kutub al-Tafsîr sebuah karya yang kaya dengan pelbagai sumber rujukan. Rujukan beliau lebih menjurus kepada pengambilan dari pandangan ulama’ dan huffaz hadith serta imam-imam pengkritik yang menjadi sandaran dalam menyatakan kesahihan dan kedhaifan hadith. Bahkan, beliau turut mengambil pandangan bukan dari kalangan ulama hadith, akan tetapi turut menolak Israiliyyat dan hadith-hadith palsu dari sudut pandangan akal dan kajian sains serta teori-teori ilmiah baru. Sebagai amanah ilmu, setiap rujukan dinyatakan sumber pengambilan kerana bukan dari sifat beliau mendapat nama dan kedudukan tinggi sesuatu yang bukan miliknya.

Kitab ini dimulai dengan kata pengantar oleh penulis iaitu Syeikh Abu Syahbah diikuti dengan penerangan manhaj beliau secara ringkas. Sepertimana yang dinyatakan oleh Abu Syahbah kajian dasar yang panjang pada permulaan kitab bertujuan supaya pembaca dapat memahami asas sebelum menyelami perkara utama dan tujuan asal buku ini tanpa berlaku kekaburan.

Dalam usaha membersihkan kitab-kitab tafsir daripada kisah-kisah israiliyyat, kitab al-Isrâ’îliyyat wa al-Maudhû’ât fi Kutub al-Tafsîr karya Syeikh Abu Syahbah ini boleh diketengahkan sebagai sebuah contoh penulisan yang berjaya. Kitab ini telah memberi banyak manfaat kepada umat Islam seluruh dunia. Sheikh Abu Syahbah telah menginfakkan kehidupannya dari muda lagi untuk berkhidmat disamping al-Quran dan al-Sunnah. Selari dengan pengakuan tersebut, beliau memiliki keluasan ilmu dalam pengkajian al-Quran dan al-Sunnah. Ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Syeikh Abu Syahbah telah menghasilkan sebuah kerangka metodologi yang baik dan bernilai serta isi kandungan yang bermanfaat pada ummah.

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan الإسرائيليات والموضوعات في كتب التفسير

Terjemahan kitab ini ada diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan judul Isra'iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir. Sebahagian isi kandungan buku ini (hal. 1-28) boleh dimuat turun di pautan Isra'iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir pdf.

Artikel di atas dipetik dan diubahsuai dari pautan METODOLOGI KITAB AL-ISRÂ'ÎLIYYAT WA AL-MAUDHÛ'ÂT FÎ KUTUB AL-TAFSÎR KARYA SHEIKH ABU SYAHBAH: SATU ANALISIS.

Semoga bermanfaat

Monday, March 15, 2021

Tahrir al-Maqal fi Adab wa Ahkam wa Fawa'id Yahtaj Ilayha Mu'addibu al-Athfal

Kitab Tahrir al-Maqal fi Adab wa Ahkam wa Fawa'id Yahtaj Ilayha Mu'addibu al-Athfal (تحرير المقال في آداب وأحكام وفوائد يحتاج إليها مؤدبوالأطفال) merupakan sebuah karya yang menghimpunkan hadis-hadis mengenai adab dan hukum hakam serta faedah yang diperlukan oleh seorang pendidik kanak-kanak.

Kitab ini disusun oleh al-Imam Ibn Hajar,Abu al-‘Abbas Syihabuddin Ahmad bin Muhammad bin Ali al-Haytami al-Anshari al-Syafi’i (974H).

Himpunan hadis yang terdapat dalam kitab ini disusun mengikut tema tertentu. Susunan bab seperti berikut;

1.     Hadis mengenai kemuliaan ahli al Quran (في الأحاديث الدالة على شرف أهل القرآن).

2.     Hadis mengenai beberapa kelebihan guru yang mengajar al-Quran dan murid yang mempelajarinya (في بعض الأحاديث الواردة في فضائل معلمي القرآن ومتعلميه)

3.     Hadis mengenai keharusan mengambil upah mengajar al Quran dan merawat menggunakan al Quran ( في الأحاديث الدالة على جواز أخذ الأجرة على تعليم القرآن والرقية به). 

4.     Hadis mengenai larangan mengambil upah mengajar al Quran (في الأحاديث الدالة على امتناع أخذ الأجرة على تعليم القرآن).

5.     Perbezaan pendapat para ulama mengenai penerimaan hadis-hadis yang berkaitan mengambil upah mengajar al-Quran (في بيان اختلاف العلماء في الأخذ بالأحاديث السابقة).

6.     Larangan ke atas guru daripada melihat amrad sewaktu pembelajaran (في تحذير المعلم من نظر المرد).

7.    Beberapa soalan dan jawapannya yang menjadi sebab penyusunan kitab ini (في الأسئلة والأجوبة التي هي السبب في هذا التأليف).

Dalam bab ke tujuh, dibincangkan beberapa permasalahan yang menjadi sebab utama yang mendorong Imam Ibn Hajar al-Haytami menyusun kitab ini. Perbincangan dalam bab ini disusun dalam bentuk soal jawab. Antara isu yang disebutkan ialah;

1.     Adakah diperbolehkan memukul ( berikan pengajaran ) kepada murid yang tidak hadir ke pengajian? 

2.     Keharusan merotan mendidik anak murid yang kurang adab terhadap guru.

3.     Kewajaran ibu bapa memberikan pengajaran kepada anak-anak yang degil dan kurang adab.

4.     Kaedah-kaedah menta'zir. 

Kitab ini telah dicetak dan diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan di Timur Tengah, namun saya belum menjumpai buku dalam bentuk ebook (PDF). Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://archive.org/download/Tharir/Binder8.pdf

Semoga bermanfaat.

Friday, March 12, 2021

Himpunan Hadis Modal Insan


Buku Himpunan Hadis Modal Insan merupakan sebuah karya huraian hadis yang disusun oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (sekarang Dato’) dan diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. 

Dalam buku ini terdapat 50 hadis Nabi saw yang disusun di bawah 50 tema/tajuk. Buku ini telah diterbitkan dalam dua jilid, di mana setiap jilid menghimpunkan 25 hadis Nabi saw. Jilid pertama – diterbitkan dengan cetakan pertama pada bulan Mac 2007, manakala Jilid kedua – diterbitkan dengan cetakan pertama pada bulan Julai 2007. 

Buku Himpunan Hadis Modal Insan ini memaparkan hadis-hadis yang merangkumi 4 aspek kehidupan, iaitu;


1) Membentuk peribadi dan sahsiah insan: seperti akhlak, ilmu, sifat istiqamah, tafakur, syukur, berani, benar, ikhlas, marah dan malu, muhasabah diri, sifat-sifat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah.

2)  Bidang pekerjaan dan kerjaya; seperti ketekunan bekerja, pengurusan masa, inovasi, memudahkan urusan, contoh yang baik, menjauhi sifat malas dan sikap bertangguh kerja.

3)  Perhubungan sesama manusia; sperti kerjasama, nasihat menasihati, sifat mungkir janji dan dusta.

4)    Bidang ekonomi; seperti pembangunan, perbelanjaan dan mohon rezeki.

 Setiap hadis pula digarap dari segi;

1.       Pokok persoalan atau tajuk

2.       Matan hadis

3.       Sanad

4.       Maksud hadis

5.       Riwayat hidup (manaqib) serta sejarah perawi/ sahabat.

6.       Pengajaran hadis

7.       Sokongan ayat-ayat al-uran,

8.       Sokongan hadis-hadis yang lain.

9.       Mutiara kata yang berkaitan.

10.   Suri teladan yang dapat diambil.

Semoga bermanfaat.



al-Subhah al-Tsaminah Nazm al-Safinah

 

Kitab al-Subhah al-Tsaminah Nazm al-Safinah (السبحة الثمينة نظم السفينة) merupakan sebuah matan fiqh mazhab Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam (syair). Kitab ini disusun oleh Sayyid al-‘Allamah Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad (1325H) berdasarkan kitab Safinah al-Najah (سفينة النجاة فيما يجب على العبد لمولاه), iaitu matan fiqh yang disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Salim bin Abdullah bin Sa’ad bin Sumair al-Hadhrami (1271H).

Kitab al-Subhah al-Tsaminah ini telah disusun huraian (syarah)nya oleh Syeikh Muhammad bin Ali Muhammad Ba ‘Athiyyah al-Du’ani () melalui karyanya yang berjudul al-Durrah al-Yatimah Syarh al-Subhah al-Tsaminah Nazm al-Safinah  (الدرة اليتيمة شرح السبحة الثمينة نظم السفينة).

Kitab al-Sabhah al-Tsaminah ini boleh muat turun di pautan السبحة الثمينة. Manakala kitab huraiannya boleh dimuat turun di pautan  الدرة اليتيمة شرح السبحة الثمينة نظم السفينة.

Semoga bermanfaat.

Sunday, March 7, 2021

Panduan Qiamul Lail

 

Sebuah karya agama yang ingin dikongsi dengan pembaca kali ini adalah sebuah risalah yang berjudul “ Panduan Qiamul Lail (ڤندوان قيام الليل)”. Sebuah risalah yang “mengandungi cara-cara bagaimana hendak mengerjakan Qiamul Lail – beribadat di tengah malam serta dengan setengah-setengah zikir dan doa-doa dan lain-lainnya”[1].

Risalah yang dicetak dengan tulisan Jawi ini disusun oleh Haji Ya’qub bin Haji Hasan dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) – dengan cetakan pertamanya pada tahun 1996/1416. Risalah ini diterbitkan di bawah siri penerbitan percuma MAIK.

Dalam risalah setelah 36 halaman ini, penyusun telah membahagikan isi kandungannya kepada dua tajuk perbincangan, iaitu;

1.       Muqaddimah Qiamul Lail.

Dalam tajuk ini diterangkan mengenai galakkan qiamul lail dalam Islam, kelebihannya, waktu dan bilangan rakaatnya, hukum solat tahajud, berniat ketika hendak tidur, kejutkan keluarga untuk bangun beribadat dan beribadat sekadar minat dan kemampuan. 

2.       Atur cara mengerjakan Qiamul Lail.

Diterangkan aktiviti atau amalan yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin qiamul lail, iaitu bangkit dari tidur dan doanya, ayat-ayat al-Quran yang perlu dibaca (11 ayat akhir dari suarah Alu ‘Imran), doa ketika memakai pakaian, adab dan doa ketika qada’ hajat, bersuci di rumah lebih afdal, solat sunat wuduk dan wirid selepasnya, sembahyang witir dan tatacaranya, keluar ke masjid dan doanya, doa masuk ke masjid, niat iktikaf dan solat sunat tahiyyatul masjid dan zikir selepasnya, menjawab azan dan doanya, sembahyang sunat subuh dan zikir selepasnya dan bacaan serta doa selepas sembahyang fardu subuh.

Begitulah secara ringkas isi kandungan risalah ini. Semoga bermanfaat.


[1] Petikan di bahagian kulit hadapan risalah yang dicatat di bawah judulnya.

Friday, March 5, 2021

Safinah An-Naja: Terjemahan & Ulasan

 

Di antara matan fiqh Mazhab Syafi’i yang terkenal, yang banyak mendapat perhatian para ulama ialah kitab Safinah al-Naja (سفينة النجا), iaitu sebuah karya al-Imam Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami al-Syafi’i (1271H). Inya Alah kali ini dicatatkan secara ringkas mengenai sebuah buku terjemahan dan ulasan matan Safinah Naja yang telah disusun dalam bahasa Melayu.

Buku ini diberi judul Safinah An-Naja: Terjemahan & Ulasan. Buku ini disusun oleh Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime dan diterbitkan oleh Pustaka Paksi Sdn Bhd, Alor Setar, Kedah – dengan cetak pertama pada tahun 2013. Isi Kandungannya merangkumi 307 halaman.

Matan Safinah An-Naja hanya membahaskan tentang ilmu asas fardhu ain yang berkaitan dengan ibadah seperti toharah, solat, zakat dan puasa. Namun dalam buku terjemahan dan ulasan ini ditambah dengan perbincangan mengenai ibadat haji dan umrah yang dipetik dari kitab matan Ghayah wa al-Taqrib (الغاية والتقريب) yang disusun oleh al-Imam al-Qadhi Abu Syuja’ Ahmad bin Husain al-Asbahani (593H).

Bagi memahami perbahasan dalam matan ini, penyusun buku ini telah menambah terjemahan bagi matan serta memberi sedikit ulasan agar pembaca memahami kehendak pengarang asal matan tersebut. Selain itu, penyusun juga telah menjelaskan nota-nota tambahan yang diambil daripada kitab-kitab fiqh yang mu'tabar agar pembaca mendapat isi tambahan yang lain.

Semoga bermanfaat.

Saturday, February 27, 2021

Fiqh Bersuci & Solat

Buku Fiqh Bersuci & Solat, Kupasan dan Soal Jawab merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i  yang disusun oleh al-Ustaz Muhammad Ramzi Omar. Buku ini diterbitkan oleh Pustaka Ilmuan, Selangor dengan cetakan pertamanya pada tahun 2017. Halaman buku ini merangkumi 266 muka surat. 

Perbincangan dalam buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Fiqh Taharah (bersuci) dan Fiqh Solat. Bagi setiap bahagian perbincangan adalah menurut urutan tajuk-tajuk ilmu fiqh seperti yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh, di samping emuatkan soalan dan jawapan berkaitan tajuk yang dibincangkan supaya pembaca dapat menghayati isi kandungan terbabit dengan lebih jelas. 

Dalam membincangakan tajuk bersuci dan solat penyusun memanfaatkan banyak kitab-kitab ulama silam, di samping turut mengolah semula beberapa manuskrip yang pernah dihasilkan sendiri oleh penyusun dalam pelbagai judul buku yang pernah dihasilkan sebelum ini. 

Buku ini sangat bermanfaat sebagai rujukan dan perlu dimiliki oleh umat Islam, khusus para pelajar kerana bahasa dan pengolahannya yang mudah difahami.

Friday, February 26, 2021

Jawharah al-Tawhid (جـوهـرة الـتـوحـيـد)

Kitab atau matan Jauharatul Tauhid (جـوهـرة الـتـوحـيـد) adalah sebuah karya dalam bidang akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang disusun oleh al-Syeikh al-Imam Burhanuddin Ibrahim bin Ibrahim al-Laqqani al-Makki (1041H/1632H). Matan Jauharatul Tauhid ini disusun dalam bentuk puisi (nazam) yang  merangkumi 144 bait.

Matan Jauharatul Tauhid merupakan antara matan ilmu akidah (usuluddin) yang terkenal dan mendapat perhatian di kalangan para ulama dan diajarkan kepada para penuntut dan masyarakat awam.  

Imam Ibrahim al-Laqqani sendiri telah menyusun kitab huraian (syarah) bagi matan Jauharatul Tawhid ini melalui 3 buah karyanya, iaitu; 


1.   ‘Umdah al-Murid li Jawharah al-Tawhid (عمدة المريد لجوهرة التوحيد) / al-Syarh al-Kabir.

2.  Talhish al-Tajrid li ‘Umdah al-‘Murid (تلخيص التجريد لعمدة المريد). Ia merupakan ringkasan kitab sebelumnya.

3.      Hidayah al-Murid li-Jawharah al-Tawhid (هداية المريد الي شرح جوهرة التوحيد)[1].


Kitab ini juga telah diberikan huraian (syarah) oleh para ulama terkemudian, antaranya; 


1.     Fath al-Qarib al-Majid bi Syarh Jawharah al-Tawhid (فتح القريب المجيد بشرح جوهرة التوحيد), karya Abdul Barr bin Abdullah bin Muhammad al-Ajhuri (1070H).

 

2.     Ithaf al-Murid bi Jawharah al-Tawhid (اتـحـاف الـمـريـد بـجـوهـرة الـتـوحـيـد)[2] dan Irsyad al-Murid (إرشاد المريد), karya Syeikh Abdul Salam bin Ibrahim al-Laqqani (1078H). Beliau merupakan anak kepada Imam Ibrahim al-Laqqani sendiri. 

 

3.    Hasyiah ‘ala Jawharah Tawhid (Tuhfah al-Murid `ala Jawharah al-Tawhid )[3]karya Syaikh Ibrahim al-Bayjuri –Shaykh al-Azhar (1234H.)

 

4.   Hashiyah al-Shawi ‘ala Jawharah al-Tawhid fi Ilm al-Kalam, karya Imam Syihabuddin Ahmad bin Muhammad al-Shawi al-Maliki (1241H).

 

5.      al-Mukhtasar al-Mufid Fi Syarh Jawharah al-Tawhid (المختصر المفيد شرح جوهرة التوحيد -), karya Sheikh Nuh Ali Sulaiman al-Ghuddoh (bekas Qodhi Al-Qudho di Jordan).

 

6.  ‘Aun al-Murid li Syarh Jawharah al-Tawhid (عون المريد لشرح جوهرة التوحيد), karya Abdul Karim Tatan, Muhammad Adib al-Kailani 


7.  Bughyah al-Murid li Jawharah al-Tawhid (بغية المريد لجوهرة التوحيد), karya Ibrahim al-Marghani().

 

8.   Tashil al-Ma’ani ila Jawharah al-Laqqaani (تسهيل المعاني إلى جوهرة اللقاني), karya Syaikh Jamil Halim al-Asy’ari.

 

9.   al-Qawl al-Sadid Syarh Jawharah al-Tawhid (القول السديد شرح جوهرة التوحيد), ‫ ‫ karya Syeikh Ali Utsman Jaradi 

Menariknya Matan Jawharah al-Tawhid yang penting ini turut disyarah di dalam bahasa Melayu (Jawi) dengan judul “ Syarh Bagi Matan Jauharah al-Tauhid ”. Tetapi pensyarah di dalam bahasa Melayu tidak diketahui nama pengarangnya (pensyarah). Pada kulit luar dan dalam kitab ini sekadar diberi maklumat ringkas:

“ Inilah Kitab Syarah Bagi Matan Jauharat al-Tauhid bagi al-Imam al-Syaikh  Ibrahim al-Laqqani telah diterjemahkandia  oleh seorang `ulama` Jawi dengan Bahasa Melayu. Jaza Allah Muallafaiha khairan ”. 

Walau bagaimana terdapat sedikit maklumat pada akhir penulisan syarah di dalam bahasa Melayu ini bahawa kitab ini telah selesai dikarang pada hari Rabu, pada bulan Ramadhan 1292H. bertempat di Sambas, Kampung Parit Dalam, Hampir Sultan Muhammad Safiyy al-Din. Sambas terletak pada bahagian Kalimantan Indonesia. 

Matan Jawharah al-Tawhid boleh dibaca di pautan جـوهـرة الـتـوحـيـد.

Semoga bermanfaat.



[1] Kitab ini telah diberikan huraian pula oleh Syeikh Bakri Rajab melalui karyanya Tawdhih Hidayah al-Murid Ila Syarh Jawharah al-Tawhid ( توضيح هداية المريد إلى شرح جوهرة التوحيد)

[2]  Karya yang berkaitan dengan kitab Ithaf al-Murid Syarh Jawharah al-Tawhid;

a)   Hashiyah Ibn al-Amir 'ala Ithaf al-Murid Syarh Jawharah al-Tawhid, karya Ibn al-Amir  al-Imam Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin Abd al-Qadir bin Abd al-Aziz (1232H).

b)     al-Mazid ‘ala Ithaf al-Murid bi Syarh Jawharah al-Tawhid (المزيد على إتحاف المريد بشرح جوهرة التوحيد), karya Ahmad bin Muhammad bi Ali al-Hasani al-Suhaimi (1178H).

c)    Hasyiah al-Syinwani ‘ala Ithaf al-Murid Syarh Jawharah al-Tawhid (), karya Imam Muhammad bin Ali al-Syinwani ()

[3] Kitab ini telah diringkaskan oleh Dr. Umar Abdullah Kamil melalui karyanya yang berjudul al-Mujiz al-Mufid min Tuhfah al-Murid ‘ala Jawharah al-Tawhid (الموجز المفيد من تحفة المريد على جوهرة التوحيد).

Monday, February 22, 2021

Mukhtashar al-Majmu' Syarh al-Muhazzab

Kitab Mukhtashar al-Majmu' Syarh al-Muhazzab (مختصر المجموع شرح المهذب) merupakan sebuah karya fiqh yang disusun oleh Dr Syeikh Salim bin Abdul Ghani al-Rafi’i sebagai ringkasan bagi kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Di mana kitab al-Majmu ’Syarh al-Muhazzab pula merupakan karya agung al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).

Kitab Mukhtashar al-Majmu’ ini telah disusun dalam 8 jilid dan dicetak dalam 4 buah buku. Kandungan kitab ringkasan ini tidak merangkumi keseluruhan isi  kandungan atau bab-bab yang terdapat dalam kitab asalnya yang merangkumi sebanyak 23 jilid itu. Ringkasan ini hanya melibatkan bahagian ibadat sahaja, iaitu kitab al-Thaharah (bersuci), kitab al-Sholah Sembahyang), kitab al-Zakat, kitab al-Shiyam (puasa)  dan  kitab al-Haj.

Dalam penyusunan ringkasan ini, peringkasnya juga turut mentakhrijkan hadis-hadis dan memberikan beberapa penjelasan (ta’liq) bagi perkataan yang terdapat dalam kitab ini.

Kitab ini boleh dimuat turun di  pautan https://archive.org/compress/mmshm/formats=IMAGE%20CONTAINER%20PDF&file=/mmshm.zip

Semoga bermanfaat.

 

Friday, February 19, 2021

al-Hawasyi al-Bughawiyyah 'Ala al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah

Kitab al-Hawasyi al-Bughawiyyah 'Ala al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (الحواشي البغوية على المقدمة الحضرمية) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’I yang disusun oleh al-Syeikh al-'Allamah al-Ustaz Dr. Musthofa Dieb al-Bugha Hafizahullahu Taala. Kitab ini diterbitkan oleh Darul Mustofa, Dimasq, Syria.

Kitab ini disusun sebagai huraian bagi kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiah (المقدمة الحضرمية), iaitu sebuah karya al-Imam Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H).

Huraian ini adalah merupakan huraian yang ringkas dan sangat sesuai bagi para pemula atau mubtadi dalam mempelajari matan al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah dan juga sangat sesuai dijadikan rujukan bagi para asatizah yang mengajarkan kitab ini kepada penuntut ilmu dan juga orang awam.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 3, 2021

al-Zubad Fi al-Fiqh

Kitab al-Zubad Fi al-Fiqh (الزبد في الفقه) yang ingin diperkenal di sini ialah sebuah matan fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam  al-‘Allamah al-Qadhi Syarafuddin Abu al-Qasim HibatuLlah bin Abd al-Rahim bin Ibrahim bin Hibatullah al-Hamawi al-Barizi (645-738H).

Kitab ini telah disusun kembali dalam bentuk nazam oleh al-Imam Ibn Ruslan atau nama penuhnya Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Husain bin Hasan bin ‘Ali bin bin Ruslan al-Ramli al-Maqdisi al-Syafi’i (753H -844H), dengan beberapa tambahan permasalahan. Dalam penyusunan nazam ini juga, Ibn Ruslan telah menambah di muqaddimahnya dengan perbicaraan mengenai akidah (al-Muqaddimah fi ‘Ilm al-Ushul) dan ditutup dengan sebuah sebuah ringkasan mengenai tasawuf (al-Khatimah fi ‘Ilm al-Tashawwuf). 

Karya Ibnu Ruslan ini terkenal dengan judul Shafwah al-Zubad, Manzhumah al-Zubad dan Alfiyyah al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi’i. Nazam susunan Ibn Ruslan ini sangat terkenal di kalangan para ulama, sehingga kitab asalnya dilupakan. Bahkan jika disebutkan kitab al-Zubad atau Matan al-Zubad, nescaya akan merujuk kepada kitab Shahwah al-Zubad yang disusun Ibn Ruslan ini.

Saya belum menemui kitab al-Zubad karya al-Imam al-Barizi ini dalam versi cetakan. Namun begitu dalam koleksi saya ada kitab ini dalam bentuk fail PDF.

Semoga bermanfaat.

Thursday, January 28, 2021

Wujub Takhmis al-Ghanimah wa Qismah Baqiha

Kitab Wujub Takhmis al-Ghanimah wa Qismah Baqiha (وجوب تخميس الغنيمة وقسمة باقيها) merupakan sebuah karya yang agak kecil yang disusun oleh al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).

Kitab ini disusun oleh Imam al-Nawawi sebagai jawapan kepada permasalahan yang ditanya kepada beliau mengenai hukum mengambil harta ghanimah alih (الغنيمة المنقولة) seperti hamba perempuan, kanak-kanak, binatang ternakan dan peralatan asas sebelum dilakukan pembahagian yang sepatutnya.

Secara umumnya kandungan kitab ini menerangkan kewajipan pembahagian harta ghanimah alih (الغنيمة المنقولة) sebanyak 1/5 kepada 6 golongan yang ditetapkan syarak dan bakinya sebanyak 4/5 kepada para tentera Islam, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat 41, surah al-Anfal yang bermaksud;

Dan ketahuilah, Bahawa apa sahaja Yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka Sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir Yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa Yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", Iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Dalam kitab ini disebutkan hadis-hadis yang berkaitan dan dibawakan pandangan para ulama mazhab Syafi’i mengenai permasalahan pembahagian ghanimah tersebut. Di samping itu, dalan kitab ini juga Imam al-Nawawi mengemukakan hujah beliau bagi menolak pandangan mereka yang mengharuskan pengambilan  harta ghanimah alih ini sebelum pembahagiannya.

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://ebook.univeyes.com/?download_books=128412-2705c26cf6545a8f695ebbe4b29c118e.

Semoga bermanfaat

Wednesday, January 27, 2021

al-Durrah al-Yatimah Syarh al-Subhah al-Tsaminah Nazm al-Safinah

Kitab al-Durrah al-Yatimah Syarh al-Subhah al-Tsaminah Nazm al-Safinah  (الدرة اليتيمة شرح السبحة الثمينة نظم السفينة) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh Muhammad bin Ali Muhammad Ba ‘Athiyyah al-Du’ani ().

Kitab al-Durrah al-Yatimah ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi sebuah nazam fiqh yang disusun Sayyid al-‘Allamah Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad (1416H) yang berjudul al-Subhah al-Tsaminah (السبحة الثمينة). Manakala nazam al-Subhah al-Tsaminah pula disusun berdasarkan kitab Safinah al-Najah (سفينة النجاة فيما يجب على العبد لمولاه), iaitu matan fiqh yang disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Salim bin Abdullah bin Sa’ad bin Sumair al-Hadhrami ().

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan الدرة اليتيمة شرح السبحة الثمينة نظم السفينةManakala matan nazam al-Sabhah al-Tsaminah boleh muat turun di pautan  السبحة الثمينة.

Semoga bermanfaat.

Saturday, January 23, 2021

Manahij al-Imdad Syarh Irsyad al-‘Ibad

Kitab Manahij al-Imdad Syarh Irsyad al-‘Ibad (مناهج الإمداد شرح إرشاد العباد) adalah sebuah karya al-‘Allamah Syaikh Ihsan bin Muhammad Dahlan al-Jamfasi al-Kediri al-Jawi (1372H) seorang ulama yang terkenal dari Indonesia. Di antara karya beliau yang lain ialah kitab Siraj al-Thalibin Syarh ‘ala Minhaj al-‘Abidin Ila Jannat Rabb al-‘Alamin Syarh ‘ala Minhaj al-‘Abidin Ila Jannat Rabb al-‘Alamin (سراج الطالبين شرح على منهاج العابدين إلى جنة رب العالمين.

Syaikh Ihsan al-Jampasi menyusun kitab Manahij al-Imdad ini sebagai huraian (syarah) bagi kitab Irsyad al-'Ibad ila Sabil al-Rasyad (إرشاد العباد إلى سبيل الرشاد)iaitu sebuah karya Syaikh Zaynuddin Ahmad bin Abdul Aziz bin Zaynuddin bin ‘Ali al-Ma’bari al-Malibari al-Fanani (987H).

Berdasarkan kitab yang telah diterbitkan, ia telah dicetak dalam dua jilid. Semoga bermanfaat. 

Thursday, January 7, 2021

Kasyifah al-Saja Fi Syarh Safinah al-Naja

Kitab Kasyifah al-Saja Fi Syarh Safinah al-Naja (كاشفة السجا في شرح سفينة النجا) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh al-Imam al-'Alim Abu Abd al-Mu'thi Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi, atau yang lebih dikenal dengan nama Syeikh Nawawi bin Umar al-Jawi al-Bantani (1230 – 1314H). Beliau  merupakan seorang ulama Melayu (Jawi) dari Jawa Barat, Indonesia yang terkenal sebagai tokoh ulama mazhab Syafi’i di Makkah pada zamannya.

Kitab Kasyifah al-Saja ini disusun oleh Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi sebagai huraian (syarah) bagi Safinah al-Naja fi Ushul al-Din wa al-Fiqh ( سفينة النجا في اصول الدين والفقه ), iaitu sebuah karya Syeikh al-'Alim al-Fadhl Salim bin Samir al-Hadhrami ().

Kitab ini merupakan di antara huraian kitab Safinah al-Naja yang terawal dan agak tebal. Berdasarkan kitab yang ditahkik oleh Bassam Abdul Wahhab al-Jabi  dan diterbitkan Dar Ibn Hazm –dengan isi kandungan merangkumi  adalah 575 halaman.

Dalam pendahuluan kitab ini, Syeikh Muhammad menyebutkan; “ Dalam syarah ini, aku menerangkan isi kitab Safinah al-Naja dalam bentuk susunan yang terdiri dari fasal-fasal dan lain-lainnya (spt; tanbih, far’un, faedah, khotimah, dll) dengan tujuan mengikuti [bentuk susunan] al-Quran yang juga diterangkan dan ditampilkan dalam bentuk fasal dan surat demi surat dan dengan tujuan agar lebih mudah untuk dipelajari dan dipahami. Aku memasukkan fasal puasa di dalam kitab syarah-ku ini, in syaa Allah, agar lebih memberikan tambahan manfaat kepada orang-orang awam. Aku menyusun syarah kitab Safinah an-Naja ini dengan perantara pertolongan Allah Yang Maha Merajai dan Mengetahui. Aku menyusunnya dengan bentuk susunan sebagaimana umumnya, yakni, seperti susunan sebuah kitab matan dengan kitab syarahnya dari segi hubungannya, agar bentuk cabang sesuai dengan bentuk asalnya, karena syarat tabik atau sesuatu yang mengiringi harus sesuai dengan matbuk atau sesuatu yang diiringi ”.

Kitab Kasyifah al-Saja ini boleh dimuat turun di pautan كاشفة السجا في شرح سفينة النجا)Manakala Terjemahan kitab Kasyifah al-Saja dalam bahasa Melayu (Indonesia) boleh dimuat turun di pautan Jilid 1Jilid 2,  Jilid 3.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, January 6, 2021

Tanwir al-Hija Nazhm Safinah al-Naja

Kitab Tanwir al-Hija Nahm Safinah al-Naja (تنوير الحجا نظم سفينة النجا) merupakan sebuah karya  fiqh mazhab Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam. 

Kitab ini disusun oleh Syeikh al-‘Allamah Ahmad bin Shiddiq bin Abdullah al-Lasemi al-Fasuruani al-Jawi berdasarkan kitab Safinah al-Naja (سفينة النجا), iaitu sebuah matan fiqh yang disusun oleh Syeikh Salim bin Abdullah bin Sa'd bin Samir al-Hadhrami al-Syafi’i (1271H). Nazam ini selesai disusun pada tahun 1343H.

Dalam menyusun kitab ini Syeikh Ahmad al-Fasuruani telah membuat beberapa penambahan yang bermanfaat. Beliau telah memulai kitab ini dengan muqaddimah ilmu Tauhid dan diikuti di akhir kitab dengan bab puasa, haji, umrah dan ditutup dengan beberapa nasihat.

Kitab Tanwir al-Hija ini telah diberikan huraian (syarah) oleh Syeikh Muhammad bin Ali bin Husain al-Maliki al-Makki (1287-1368H), iaitu  seorang ulama dan mufti mazhab Maliki di Makkah al-Mukarramah - yang sangat ahli dalam berbagai ilmu agama, melalui karyanya yang berjudul Inarah al-Duja Syarh ‘ala  Tanwir al-Hija Syarh Safinah al-Naja (انارة الدجى شرح على تنوير الحجا نظم سفينة النجا).

Kitab Tanwir al-Hija boleh dimuat turun di pautan https://drive.google.com/file/d/0B1IHCzo63G05VmMyc2QzdXFpa3c/view?usp=drivesdk

Semoga bermanfaat.



al-Ihathah bi Ahamm Masa’il al-Hidh wa al-Nifas wa al-Istihadhah

Kitab al-Ihathah bi Ahamm Masa’il al-Hidh wa al-Nifas wa al-Istihadhah (الإحاطة بأهم مسائل الحيض والنفاس والاستحاض) merupakan sebuah karya fiqh disusun oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ().

Kitab  ini disusun secara khusus membahaskan berkenaan persoalan-persoalan berkaitan haid, nifas dan istihadah serta hukum hakam yang dengannya - merangkumi hukum taharah, sembahyang, puasa, tawaf, membaca  al-Quran, talak, pergaulan suami isteri dan sebagainya.

Kitab ini sangat perlu dibaca dan dipelajari kerana persoalan darah wanita adalah persoalan yang amat penting kerana ia membabitkan keabsahan ibadat utama yang dilakukan seperti solat dan puasa. Kejahilan seorang wanita tentang hukum-hukum yang berkaitan darah yang dilaluinya akan menyebabkan kedudukan ibadatnya tidak menentu sama ada sah atau tidak, dan apatah lagi mendapat penerimaan di sisi Allah S.W.T.

Perbincangan isi kandungan kitab ini adalah berdasarkan pandangan mazhab Syafi’i, namun begitu pandangan para ulama mazhab lain juga turut dikemukakan sebagai perbandingan.

Kitab ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu dengan judul Hukum & Persoalan Darah-Darah Haid, Nifas Dan Istihadah oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Ramzi Omar dan diterbitkan  oleh Sinar Media Services pada tahun 2007 dengan  151 halaman.

Semoga bermanfaat.


Nasiim al-Hayah Syarh Safinah al-Najah

Kitab Nasiim al-Hayah Syarh Safinah al-Najah ( نسيم الحياة شرح سفينة النجاة ) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i. Ia disusun oleh  Syeikh al-‘Allamah al-Faqih al-Qadhi Abdullah bin ‘Awad bin Mubarak Bukair, seorang ulama kenamaan yang ahli dalam bidang fiqah di Hadramaut Yaman. Beliau di­lahirkan di desa Ghail Bawazir tahun 1314H (1897M). Sejak kecil beliau sangat gemar mendalami ilmu syari'at dari berbagai ulama di antaranya adalah al-Imam Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, Syeikh Umar bin Mubarak Badubbah, Syeikh Umar bin Salim Bawazir dan lain-lain. Setelah tersebar keilmuannya, beliau menjadi qadhi di Mukalla sejak tahun 1351 H (1933 M) hingga tahun 1386 H (1967 M). Syeikh Abdullah meninggal dunia pada tahun 1399 H (1979 M) di kota Mukalla setelah memberikan pengabdiannya yang tulus kepada umat Islam.

Kitab Nasiim al-Hayah ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab Safinah al-Najah (سفينة النجاة), iaitu sebuah matan fiqh yang disusun oleh Syeikh Salim bin Abdullah bin Sa'd bin Samir al-Hadhrami al-Syafi’i (1271H).

Semoga bermanfaat.


Friday, January 1, 2021

Inarah al-Duja Syarh ‘ala Tanwir al-Hija


Kitab Inarah al-Duja Syarh ‘ala  Tanwir al-Hija Syarh Safinah al-Naja (انارة الدجى شرح على تنوير الحجا نظم سفينة النجا) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang unik kerana ia disusun oleh Syeikh Muhammad bin Ali bin Husain al-Maliki, iaitu  seorang ulama mazhab Maliki yang sangat ahli dalam berbagai ilmu agama. Beliau juga sangat ter­pandang dalam bidang ilmu bahasa dan sastra Arab. Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 1287 H/1870 M) dan meninggal dunia tahun 1368 H (1948 M). Puncak kemasyhurannya adalah ketika beliau diangkat sebagai Mufti Mazhab Maliki di kota suci Makkah a1-Mu­karramah.

Kitab Inarah al-Duja ini disusun oleh Syeikh Muhammad Ali al-Maliki sebagai huraian (syarah) bagi kitab  Tanwir al-Hija Nazhm Safinah al-Naja (تنوير الحجا نظم سفينة النجا), iaitu sebuah karya  fiqh dalam bentuk nazam yang disusun oleh Syeikh al-'Allamah Ahmad bin Shiddiq al-Lasemi al-Fasuruani berdasarkan kitab Safinah al-Naja (سفينة النجا). Oleh itu, secara tidak langsung kitab Inarah al-Duja ini merupakan huraian bagi kitab Safinah al-Naja, yang asalnya disusun oleh Syeikh Salim bin Abdullah bin Sa'd bin Samir al-Hadhrami al-Syafi’i (1271H)

Menurut Syeikh Muhammad Ali al-Maliki,  nazam Safinah al-Naja berjudul Tanwir al-Hija ini telah menjadi hafalan di kalangan kanak-kanak dan para pelajar bangsa Melayu (Jawi). Beliau telah diminta oleh penyusun nazam (Syeikh Ahmad al-Fasirwani) agar menyusun sebuah huraian (syarah) bagi nazam tersebut sebagai penjelasan yang bermanfaat bagi para pelajar permulaan (mubtadi’). Judul asal yang diberikan oleh beliau bagi huraian ini ialah Inarah al-Duja bi Tanwir al-Hija bi Nazhm Safinah al-Naja (انارة الدجى بتنوير الحجا بنظم سفينة النجا).

Sekadar maklumat yang diperolehi kitab Inarah al-Duja ini pernah dicetak dengan cetakan kali keduanya pada tahun 1959 di Mesir oleh Syarikat wa Matba`at Mustafa Baba al-Halabi.

Semoga bermanfaat.

Saturday, December 19, 2020

Tafsir dari Perspektif Sains Dan Sejarah

Al-Hamdulillah saya dapat memiliki 4 buah buku tafsir karya Al-Fadhil Prof. Madya Dr. Zawawi Ahmad yang menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang terdapat surah Yasin, al-Naml, al-Nahl dan al-‘Ankabut dari perspektif sains dan sejarah.  

Berikut adalah buku tafsir tersebut;


     Tafsir Surah Yasin dari Perspektif Sains dan Sejarah.

 Tafsir Surah an-Naml dari Perspektif Sains dan Sejarah.

Tafsir Surah an-Nahl dari Perspektif Sains dan Sejarah.

 Tafsir Surah al-'Ankabut dari Perspektif Sains dan Sejarah
 .

Buku-buku ini, adalah antara karya dalam bidang tafsir yang disusun dalam bahasa Melayu. Koleksi buku tafsir ini telah diterbitkan oleh Aras Mega (M) Sdn. Bhd, Kajang Selangor.

Dalam karya tafsir ini, pengarangnya cuba membongkar beberapa rahsia yang terkandung dalam surah Yasin, al-Naml, al-Nahl dan al-‘Ankabut dari dari sudut sains dan sejarah. Dengan memahami mesej sebenar yang terkandung dalam surah-surah ini, umat Islam akan sedar bahawa setiap surah yang diturunkan oleh Allah SWT bukan sahaja untuk dibaca tetapi yang lebih penting ialah memahami isi kandungannya agar dapat melaksanakan segala perintah-Nya dengan lebih taat.

Semoga bermanfaat 

Thursday, December 17, 2020

Sunan al-Imam al-Syafi'i

 

Ramai penulis yang membincangkan tentang kitab hadith susunan para imam mazhab fiqh yang empat hanya menyebut Imam Malik dan Imam Ahmad sahaja yang ada menyusun kitab hadith iaitu Imam Malik (w. 179H) menyusun kitab al-Muwatta’ dan Imam Ahmad (w. 241H) menyusun kitab al-Musnad. Manakala Imam Abu Hanifah (w. 150H) dan Imam as-Syafi‘i (w. 204H) disebut tidak menyusun sebarang kitab hadith. Adapun kitab Musnad Abu Hanifah dan Musnad al-Syafi‘i kedua-duanya dihimpun dan disusun oleh ulama lain yg datang kemudian. Manakala kitab al-Musnad (المسند) yang masyhur dinisbahkan kepada Imam al-Syafi‘i itu adalah disusun oleh Abu al-‘Abbas Muhammad bin Ya‘qub bin Yusuf al-Asom (w. 346H).

Berdasarkan kajian Syeikh Dr. Khalil Ibrahim Mulla Khatir serta penelitian terhadap dalil dan hujah yang dikemukakan oleh beliau, dapat dinyatakan bahawa Imam al-Syafi‘i sebenarnya juga mempunyai kitab hadith yang disusun oleh beliau sendiri, iaitu kitab al-Sunan (السنن). Ia merupakan sebuah kitab hadith yang lain daripada kitab al-Musnad yang dinisbahkan kepadanya, meskipun ada sebahagian orang yg terkeliru dan menganggap kedua-duanya sebagai kitab yang sama.

Menurut Dr. Khalil Ibrahim Mulla Khatir, bilangan hadith-hadith kitab al-Sunan ini adalah sebanyak 666 buah hadis. Meskipun saiznya agak kecil, namun faedahnya amat besar sekali. Antaranya ialah sanad-sanadnya agak tinggi dan kebanyakan hadith-hadithnya pula adalah sahih. Menurut beliau, kitab Sunan al-Syafi‘i yang sampai kepada kita pada hari ini adalah salah satu daripada enam buah kitab hadith yang disusun oleh Imam as-Syafi‘i dengan judul “asl-Sunan”.

Ada sebahagian ilmuwan yang mendakwa bahawa kitab Sunan al-Syafi‘ei ini sebenarnya adalah susunan Imam Abu Ja‘far Ahmad bin Muhammad bin Salamah al-Tahawi al-Hanafi (239 – 321H), bukannya susunan Imam al-Syafi’i sendiri. Namun, pendapat ini agak lemah kerana bertentangan dengan banyak bukti. Antaranya (seperti dalam mukadimah Sunan al-Syafi‘i oleh Dr. Khalil Ibrahim Mulla Khatir);

1.     Di awal kesemua manuskrip kitab jelas menyebut, Imam at-Tahawi mendengar kitab Sunan al-Syafi‘i ini daripada bapa saudaranya, Imam al-Muzani yang merupakan murid Imam al-Syafi‘i. Dicatatkan, at-Tahawi mendengarnya daripada Imam al-Muzani pada tahun 252 H melalui pembacaan beliau kepadanya atau bersama murid-murid yg lain (قراءة منه علينا). Jelas bahawa pada masa ini, at-Tahawi masih remaja lagi dalam usia sekitar 13 atau 14 tahun. Ini membuktikan bahawa Imam at-Tahawi hanya sebagai perawi kitab sahaja, bukannya pengarang kitab dengan usia yg semuda itu. Malah, banyak tempat di dalam kitab al-Sunan ini yg mengisyaratkan demikian. 

2.    Dalam setengah manuskrip, ada disebutkan Imam al-Muzani mendengarnya daripada Imam al-Syafi‘i secara imla’ (penuturan) daripada dirinya sendiri kepada beliau atau bersama murid-murid yang lain (إملاء منه علينا) (1/14). Ini juga membuktikan bahawa Imam al-Muzani hanya sebagai perawi kitab sahaja, bukannya pengarang kitab. 

3.  Ada terdapat di dalam manuskrip-manuskrip as-Sunan ini, ulasan2 daripada Imam at-Tahawi dan sebilangan hadith yang ditambah oleh beliau sebagai nota tepi atau nota kaki sahaja. Namun, sebahagian penyalin manuskrip telah memasukkan sebahagian ulasan2 Imam at-Tahawi itu ke dalam isi kandungan kitab, manakala sebahagiannya masih kekal sebagai nota tepi atau nota kaki. 

4.   Banyak fakta yang menunjukkan wujud periwayatan kitab al-Sunan ini oleh murid-murid Imam al-Syafi‘i, seperti Qahzam bin ‘Abdullah bin Qahzam al-Aswani, Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-Hakam, Harmalah bin Yahya at-Tajibi, Abu Ibrahim Isma‘il bin Yahya al-Muzani, al-Hasan bin Muhammad bin al-Sabbah al-Za‘farani, al-Rabi‘ bin Sulaiman dll. 

5.   Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya Manaqib al-Syafi‘i menyebut secara jelas bahawa Imam al-Syafi‘i ada mempunyai kitab al-Sunan. 

6.  Ibn Yunus pula menyebut di dalam kitabnya Tarikh Misr bahawa Imam at-Tahawi telah mendengar kitab al-Sunan daripada pakciknya, Abu Ibrahim Isma‘il al-Muzani, yang diriwayatkannya daripada Imam as-Syafi‘i. 

7.  Al-Hafiz Ibn Hajar merekodkan di dalam kitabnya (المعجم المفهرس) dua buah versi kitab Sunan al-Syafi‘i, iaitu riwayat al-Muzani daripada al-Syafi‘i dan riwayat Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-Hakam daripada al-Syafi‘i. 

8.  Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam Tabaqat al-Syafi‘iyyahnya turut menyebut ada meriwayatkan kitab Sunan al-Syafi‘i ini. Beliau menyebutnya sebagai al-Sunan a-Saghir (االسنن الصغير). 

9. Syeikh Muhammad bin Ja‘far al-Kattani (w. 1345H) turut merekodkannya di dalam kitab (الرسالة المستطرفة لبيان مشهور كتب السنة المشرفة), kata beliau: “Sunan al-Imam al-Syafi‘i; diriwayatkan oleh Abu Ibrahim Isma‘il bin Yahya al-Muzani, kemudian diriwayatkan oleh Abu Ja‘far Ahmad bin Muhammad bin Salamah al-Tahawi, di dalam satu jilid.” 

10.  Al-Hafiz as-Suyuthi dalam Husn al-Muhadharah menyatakan bahawa antara kitab-kitab edisi baru yang disusun oleh Imam al-Syafi‘i ketika di Mesir ialah kitab al-Sunan. 

11. Kesemua lafaz periwayatan kitab yang termaktub pada manuskrip jelas menyebutkan judulnya sebagai Sunan al-Syafi‘i, dan tiada yang menyebutnya sebagai Sunan at-Tahawi atau seumpamanya.

Menurut Syeikh Dr. Khalil Ibrahim Mulla Khatir, tidak ada di dalam kitab al-Sunan ini satu hadith pun yang tidak diamalkan atau ia daif yang tidak ada sebarang penguat mahu pun penyokong baginya, bahkan kesemuanya - kecuali yang telah diterangkan ilatnya dan wahamnya oleh Imam al-Syafi’i – adalah sahih secara zatnya atau pun sahih/sabit melalui riwayat-riwayat  sokongannya.

Berbeza dengan Musnad al-Syafi‘i, kitab Sunan al-Syafi‘i ini kurang disyarah dan diberi perhatian oleh ulama terdahulu. Usaha menggabungkan hadith-hadith al-Musnad dan al-Sunan ini pernah dilakukan oleh Syeikh Ahmad bin ‘Abd al-Rahman al-Banna al-Sa‘ati, bapa Syeikh Hasan al-Banna. Karyanya itu diberi judul: (بدائع المنن في جمع وترتيب مسند الشافعي والسنن). Beliau juga menyertakannya dengan syarah ringkas yg diberi judul: (القول الحسن شرح بدائع المنن).

Perlu ditegaskan juga bahawa bukan di dalam kedua-dua kitab ini sahaja hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Syafi‘i. Dr. Rif‘at Fauzi ‘Abd al-Muttalib telah berusaha menghimpunkan kesemua riwayat Imam al-Syafi‘i daripada berbagai sumber rujukan seperti kitab al-Umm dan lain-lain. Beliau mendapati jumlah hadish dan athar yang diriwayatkan oleh Imam al-Syafi‘i menurut semakannya berjumlah sebanyak 4,663 buah. Kesemua atau kebanyakannya di dalam bab hukum hakam. Jumlah ini boleh dikatakan setanding dengan jumlah riwayat yg terkandung di dalam kitab-kitab Sunan yang lain.

Sekurang-kurangnya kini terdapat dua buah versi cetakan kitab Sunan al-Syafi‘i, iaitu cetakan yang ditahkik oleh Dr. ‘Abd al-Mu‘ti Amin Qal‘aji dengan judul: al-Sunan al-Ma’thurah (السنن المأثورة) pada tahun 1986 dan cetakan yang lebih teliti ditahkik oleh Syeikh Dr. Khalil Ibrahim Mulla Khatir dengan judul: al-Sunan (السنن) pada tahun 1989. Justeru, diharapkan para penulis selepas ini, tidak hanya menyebut kitab al-Muwatta’ sebagai karya Imam Malik dan kitab al-Musnad sebagai karya Imam Ahmad sahaja, bagi kitab hadith yang disusun oleh imam mujtahid yang empat, tetapi turut menyatakan: kitab al-Sunan sebagai karya Imam as-Syafi‘i.

Kitab versi cetakan dengan judul al-Sunan al-Ma’thurah boleh dimuat turun di pautan https://archive.org/download/78808/78808.pdf . Manakala manuskripnya pula boleh dimuat turun di pautan https://www.alukah.net/Manu/Files/Manuscript_2812/ELMKTYIT222.pdf .


Sumber :

Dinukil dengan beberapa pengubahsuaian tanpa merubah isi kandungan asalnya dari pautan http://sawanih.blogspot.com .

Thursday, December 10, 2020

Nashaihul 'Ibad

 

Buku Buku Nashaihul ‘Ibad Imam Nawawi : Nasihat-nasihat Agama kepada Calon Penghuni Syurga merupakan sebuah karya terjemahan yang diusahakan oleh Abu Mazaya Al-Hafiz atau Masruhan Kyai Choteb al-Hafiz dan diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa. Berdasarkan cetakan ke-3 (2010), kandungan buku ini merangkumi 480 halaman.

Buku ini adalah terjemahan bagi Kitab Nasha-ih al-‘Ibad  fi Bayan Alfaz Munabbihat  ‘Ala  al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad (نصائح العباد في بيان ألفاظ منبهات على الاستعداد ليوم المعاد), iaitu sebuah karya al-Syeikh al-‘Allamah Abu Abd al-Mu’thi Muhammad Nawawi  bin ‘Umar al-Banteni al-Jawi. Seorang ulama nusantara yang terkenal pada abad ke 19 Masihi. Beliau dilahirkan  di Kampung Tanara, Serang, Banten, Indonesia pada tahun 1815 M/1230 H. Pada tanggal 25 Syawal 1314 H/1897 Syeikh Muhammad Nawawi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun. Ia dimakamkan di Perkuburan al-Ma’la dekat makam Siti Khadijah, Ummul Mukminin istri Nabi saw.

Manakala kitab Nasha-ih al-‘Ibad pula merupakan syarah atau huraian bagi  kitab Munabbihat  ‘Ala  al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad (منبهات على الاستعداد ليوم المعاد) karya ulama hadis terkenal al-Imam al-Hafiz al-Syeikh Syihabuddin Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin Ahmad al-‘Asqalani al-Syafi‘i  (773-852 H ) yang mengandungi himpunan hadis dan atsar  yang disusun mengikut urutan angka.

Kandungan kitab ini menghidangkan nasihat-nasihat agama dan tuntunan bagi manusia menuju ke hadrat Allah swt. Ia sangat penting bagi siapa sahaja yang ingin selamat dalam merentasi pelbagai rintangan dan halangan di dunia menuju kehidupan yang bahagia di syurga.

 

Beberapa catatan mengenai buku terjemahan ini;

Disebutkan di bahagian kulit hadapan buku terjemahan ini dengan judulnya Nashaihul ‘Ibad Imam Nawawi (), di bahagian atas dengan tulisan Jawi/Arab dan diikuti dengan tulisan rumi di bawahnya. Berdasarkan judul buku ini, secara tidak langsung ia bermaksud kitab asalnya disusun oleh Imam Nawawi. Siapakah Imam al-Nawawi yang dimaksudkan?.

Pada pengantar penterjemah dicatatkan kitab ini adalah terjemahan  dari kitab “Nashaih al-Ibad fi Bayan Alfaz Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad liyawn al-Maad” karya salah seorang  ulama terbilang dari Nusantara yang telah menjadi mufti tanah suci Mekkah tempoh dahulu.

Manakala dalam pengantar penyusun kitab Nashaihul ‘Ibad sendiri pula memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad  Nawawi bin ‘Umar al-Jawi.  Oleh itu penyusun kitab ini bukanlah Imam al-Nawawi  atau nama penuhnya al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi al-Syafi’i (631-676 H), yang terkenal sebagai ulama besar dan tonggak mazhab Syafi’i itu, tetapi  penyusun sebenar ialah al-Syeikh Muhammad Nawawi al-Banteni al-Jawi, seorang ulama mazhab Syafi’i yang  berasal dari Indonesia.

Saya terfikir juga kenapa dicatatkan Imam Nawawi?, kerana ia mungkin boleh mengelirukan pembaca yang baru mengenali buku ini. Namun begitu, mungkin boleh juga dikekalkan nama tersebut dengan tambahan al-Jawi di belakangnya (Imam Nawawi al-Jawi), bagi membezakannya dengan Imam Abu Zakariya Yahya al-Nawawi yang lebih terkenal dan rujukan para ulama mazhab Syafi’i. Tidak salah meletakkan gelaran Imam tersebut, kerana keilmuan dan ketokohan Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi sememangnya diakui oleh para ulama sezaman dan selepasnya. Bahkan ada ulama yang menggelar beliau dengan Imam Nawawi Tsani (Imam Nawawi yang kedua).

Kandungan kitab edisi Arabnya boleh dimuat turun di pautan https://ia600704.us.archive.org/21/items/book2_20140128_1312/book7.pdf

Semoga bermanfaat.

Tuesday, December 8, 2020

al-Tarkhish fi al-Qiyam Li Zawi al-Fadhl wa al-Maziyyah min Ahl al-Islam


Kitab al-Tarkhish fi al-Qiyam Li Zawi al-Fadhl wa al-Maziyyah min Ahl al-Islam (الترخيص بالقيام لذوي الفضل والمزية من أهل الإسلام) adalah sebuah karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H). 

Kandungan kitab ini menghimpunkan beberapa athar mengenai keharusan berdiri menghormati mereka yang mempunyai kedudukan dan kelebihan di kalangan umat Islam. 

Kitab ini dibahagi kepada dua bab. Dalam bab pertama disebutkan athar dan hadis-hadis yang menjadi dalil dan hujah tentang keharusan berdiri menghormati golongan yang mempunyai kedudukan dan kelebihan dalam Islam. Manakala dalam bab dua Imam al-Nawawi membawakan pula athar dan hadis-hadis yang menjadi dalil larangan berdiri sebagai penghormatan. Kemudian beliau membawakan pula jawapan-jawapan dan pandangan para ulama terhadap hadis-hadis tersebut. 

Semoga bermanfaat.

Wednesday, November 25, 2020

al-Bahjah al-Mardhiyyah fi Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah

Kitab al-Bahjah al-Mardhiyyah fi Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah (البهجة المرضية في شرح البهجة الوردية) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi al-Mishri (762-826H). 

Kitab ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Bahjah al-Wardiyyah, karya  al-Imam Zaynuddin Abu Hafsh ‘Umar bin al-Muzaffar bin ‘Umar al-bin al-Wardi Mu’arri al-Kindi (749H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Wardi.     

Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan البهجة المرضية في شرح البهجة الوردية.

Semoga bermanfaat.

Friday, November 13, 2020

al-Najm al-Wahhaj fi Syarh al-Minhaj


Kitab 
al-Najm al-Wahhaj fi Syarh al-Minhaj (النجم الوهاج في شرح المنهاج) merupakan karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-‘Allamah Muhammad ibn Musa bin Isa bin Alial-Damiri (742-808H/1344-1405M).

Kitab ini disusun sebagai huraian bagi kitab Minhaj al-Thalibin (منهاج الطالبين), karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).

Berdasarkan edisi yang diterbitkan oleh Dar al-Minhaj pada tahun 2004, kitab ini telah dicetak dalam 10 jilid. 

Ia boleh dimuat turun di pautan https://archive.org/compress/WAQ62367/formats=IMAGE%20CONTAINER%20PDF&file=/WAQ62367.zip

Semoga bermanfaat.

Tuesday, November 10, 2020

Hasyiah al-Diyamthi 'ala Syarh al-Ramli 'ala al-Sittin Mas-alah


Kitab Hasyiah al-Diyamthi 'ala Syarh al-Ramli 'ala al-Sittin Mas-alah (حاشية الدمياطي على شرح الرملي على متن الستين مسألة), merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Syaikh al-'Allamah 'Abdul Karim Karimuddin al-Mathari al-Dimyathi.

Kitab ini disusun sebagai hasyiah bagi kitab Syarh al-Ramli ‘ala Sittin Mas-alah (شرح الرملي على متن الستين مسألة), iaitu merupakan sebuah karya fiqh yang disusun oleh al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas  Ahmad bin Hamzah bin Ahmad al-Anshari al-Ramli (957H).

Manakala kitab Syarh al-Ramli pula disusun sebagai huraian bagi kitab al-Sittin Mas-alah (الستين مسألة) iaitu sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang ringkas, yang menghimpunkan enam puluh masalah agama yang perlu diketahui oleh umat Islam. Kitab ini merupakan hasil karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid, seorang  yang terkenal dengan kesalihannya dan banyak beribadat. Beliau wafat pada 14 Rabi’ul Awal tahun 819 hijrah.

Kitab Hasyiah al-Diyamthi 'ala Syarh al-Ramli 'ala al-Sittin Mas-alah boleh dimuat turun di pautan  حاشية الدمياطي على شرح الرملي على متن الستين مسألة.

Semoga bermanfaat.

Friday, October 23, 2020

al-Ahammu Fi Fiqh Thalib al-Ilm (الأهم في فقه طالب العلم )

Kitab al-Ahammu Fi Fiqh Thalib al-Ilm Mukhtashar Kitab al-Taqrirat al-Sadidah (الأهم في فقه طالب العلم مختصر كتاب التقريرات السديدةmerupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i terkini yang menjadi rujukan para pelajar dan ulama. 

Kitab ini disusun oleh Habib Hasan bin Ahmad bin Muhammad bin Salim al-Kaf sebagai ringkasan (mukhtshar) bagi karya beliau yang berjudul  al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah (التقريرات السديدة فى المسائل المفيدة).

Kitab ini boleh dimuat turun melalui pautan الأهم في فقه طالب العلم مختصر كتاب التقريرات السديدة .

Semoga bermanfaat.

Sullam al-Shibyan (سلم الصبيان )

Kitab Sullam al-Shibyan (سلم الصبيان ) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun dalam bahasa Melayu. Kitab ini disusun oleh al-Alim al-Allamah al-Faqih Tuan Guru Haji Chik Bin Ahmad al-Qodahi (1898 - 2002). Beliau merupakan anak murid kepada Tok Kenali, Tok Bermin Fathani juga kepada Abdullah Fahim.

Kitab ini boleh dikatakan kitab fiqh jawi paling lengkap dalam membicarakan bab Ibadat pada zaman ini. Di dalamnya terdapat berpuluh-puluh masalah yang berkaitan dengan Ibadat. Sesuai dijadikan rujukan dan digunakan untuk mengajar. Bahasa yang digunakan juga tidaklah terlalu lama atau terlalu moden

Berdasarkan terbitan Darul Busyra tahun 2020, kandungan kitab ini merangkumi 524 halaman. Semoga bermafaat.

Thursday, October 1, 2020

Husnul Uswah (حسن الاسوة )


Kitab Husnul Uswah (حسن الاسوة )  atau judul lengkapnya Husnul Uswah bima Tsabata MinaLlah wa Rasulih Fi al-Niswah ( حسن الأسوة بما ثبت من الله ورسوله في النسوة)  ini adalah salah satu karya monumental seorang ulama hadits dan fiqh yang terkenal Syaikh Muhammad Shiddiq Hasan Khan (1832-1890). Berbeza dengan karya-karya beliau yang lain, dalam kitab ini beliau secara khusus mengumpulkan ayat-ayat dan hadits-hadits yang khusus berkenaan dengan kaum wanita.

Kitab ini terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama mengandungi tafsir dan penjelasan bagi beberapa ayat- al-Quran yang berkaitan dengan wanita. Manakala di bahagian kedua pula mengandungi tafsir dan penjelasan bagi beberapa hadis yang berkaitan dengan wanita.  

Cakupannya melingkupi masalah akidah, fiqhh ibadah, muamalah, adab, dan akhlak. Semua pembahasan dibagi dalam 194 bab tafsir, dan 482 bab hadits. .

Kitab ini merupakan karya yang paling lengkap dalam membahas ayat-ayat dan hadits-hadits tentang wanita yang disertai dengan penjelasan yang detail dan mudah difahami

Kitab ini telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh Wafa Press.

Kitab dalam versi Arabnya boleh dimuat turun di pautan حسن الأسوة بما ثبت من الله ورسوله في النسوة. Semoga bermanfaat.


Pohon Agama Bahagian Rukun Iman


Kitab Pohon Agama Bahagian Rukun Iman  merupakan sebuah kitab dalam bahasa Melayu yang membicarakan mengenai akidah berdasarkan manhaj Ahlu Sunnah wal Jamaah. Kitab ini disusun oleh Yang Maha Mulia Maulana al-Sultan al-Mu’azzam ‘Ala’eddin Sulaiman Shah, iaitu sultan yang memerintah negeri Selangor pada tahun 1898 hingga 1938.

Berdasarkan Kitab Pohon Agama Bahagian Rukun Iman pada bahagian kulit buku bertulisan jawi tertulis:

Kitab Pohon Agama, Bahagian Rukun Iman (yang menghantarnya) Yang Maha Mulia Maulana al-Sultan al-Mu’azzam ‘Ala’eddin Sulaiman Shah, Khaladallah Mulakah wa ‘Alahu Amin. Pelajaran Kanak-kanak di Dalam Tempat Pelajaran Ugama Islam di Dalam Jajahan Selangor Darul Ehsan. Mudah-mudahan Dijadikan Manfaat yang Berkekalan, Mada al-Zaman, 15 Jamadilakhir 1349/1930. Taba‘ yang Ketiga, ditaba‘ oleh New Klang Press, Klang”

Menurut al-Marhum Ustaz Haji Wan Mohd. Shaghir; Kitab Pohon Agama Bahagian Rukun Iman, diselesaikan pada 1337H/1919M. Cetakan ketiga, Mathba‘ah New Klang Press, Klang, 15 Jamadilakhir 1349H/1930M.

Kitab ini telah disemak oleh Mufti Selangor ketika itu, iaitu Tengku Mahmud Zuhdi. Berikut dilampirkan pandangan beliau tentang kitab ini dimuatkan dengan kata-katanya:

Terlihatlah hamba yang daif atas kitab ini, Pohon Ugama, karangan bagi Yang Maha Mulia Sultan Selangor Maulana al-Mu‘azzam Sir Alauddin Sulaiman Syah... Maka patut dijadikan pelajaran kanak-kanak yang mubtadi pada tiap-tiap sekolah ugama supaya berkekalan manfaatnya istimewa pula..”.

Kandungan yang menjadi topik perbahasan keseluruhan ialah mengenai akidah. Dalam kitab ini kita akan dapat mengetahui kecenderungan mazhab dalam akidah baginda iaitu berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Metodologi penulisan kitab ini adalah berdasarkan soal-jawab, iaitu simbul huruf (س ) mewakili soalan, huruf (ج ) pula mewakili jawapan, kecuali dalam Pelajaran 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17 dan 18, iaitu dengan pendekatan penerangan secara langsung. Di samping itu pengarang turut memberikan soalan pengukuhan di akhir perbincangan bagi setiap pelajaran kecuali Pelajaran 10.47.

Contoh soal jawab pada Bahagian Agama: [Soalan] Apa Awaluddin, ertinya pertama-tama yang diwajibkan pada agama itu? [Jawapan] Awaluddin itu ma’rifatullah, ertinya mengenal Allah Ta’ala.

Kitab Pohon Ugama ini telah disusun ringkasan dan syarah (huraian)nya oleh cicit baginda pengarangnya, iaitu YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin al-Azhari. Berikut karya beliau yang berkaitan kitab Pohon Agama; 

1) Sharah Pohon Agama Sultan Ala’u al-Din Sulayman Shah Ibni Raja Muda Musa. 

2)  Aqidah Al-Sulaymaniyyah: Ringkasan Pohon Agama.

Kedua-dua kitab ini telah diterbitkan oleh Akademi Jawi Malaysia.

Semoga bermanfaat. 

Sunday, August 9, 2020

al-Imta’ bi Syarh Matn Abi Syuja’

Kitab al-Imta’ bi Syarh Matn Abi Syuja’  (الإمتاع بشرح متن أبي شجاع) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh Dr Hisyam al-Kamil Hamid Musa (1972-) – seorang ulama dari Mesir.  Kitab ini telah diterbitkan oleh Dar al-Manar, Mesir – dengan cetakan pertamanya pada 2011/ 1432H. Kandungan kitab ini merangkumi 445 halaman.

Kitab al-Imta’ ini disusun sebagai huraian bagi kitab Matn Abi Syuja’ (متن أبي شجاع), iaitu sebuah matan fiqh mazhab yang terkenal yang disusun oleh al-Qadhi Abu Syuja’ Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Ashfahaniy (593 H).

Secara bahasa,  al-imta’ bermakna sesuatu yang dinikmati dan bermanfaat. Ini sesuai dengan harapan penyusunnya Syeikh Hisyam Kamil, yang mengharapkan kitab ini bermanfaat dan dinikmati oleh para pemula yang ingin menekuni fikih dalam mazhab Imam Syafii rahimahullah.

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://www.almeshkat.net/books/archive/books/Al-Imta.pdf

Semoga bermanfaat.

 

Friday, July 17, 2020

Ilmu & Amalan Di Alaf Baru


Buku Ilmu & Amalan Di Alaf Baru adalah sebuah karya yang disusun oleh Dr. Basri Ibrahim dan diterbitkan oleh Darul Nu’man dengan cetakan pertamanya pada tahun 2000. 

Secara umumnya, buku ini mengutarakan tentang kepentingan menuntut ilmu dan adab-adab menuntut ilmu dalam Islam yang pernah dibicarakan oleh tokoh-tokoh ilmuan ulung Islam di dalam kitab-kitab karangan mereka. Adab-adab yang dikemukakan ini mengambil kira adab-adab menuntut ilmu pada masa lampau dengan adab-adab menuntut ilmu pada zaman kini.

Kemunculan buku ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada para ilmuan dan penuntut ilmu ke arah beriltizam kembali kepada adab-adab ilmu dalam Islam. Semoga mereka dapat menjadi para ilmuan ulung yang dapat dijadikan rujukan umat, bukan sahaja dari segi keilmuan mereka, bahkan juga dari segi akhlak dan perlakuan mereka. Ilmuan yang mana akhlak dan tindakannya adalah selaras.

Alaf baru merupakan alaf yang sangat mencabar terhadap ahli ilmu, kerana merupakan alaf yang tidak ada sempadan dari rempuhan budaya asing. Penguasaan ilmu dan teknologi canggih saja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan kemantapan jiwa dan akhlak yang mulia. Betapapun kehebatan manusia merakit pengetahuan jika tidak digunakan kepada kebaikan maka menjadi penyumbang kehancuran alam ini.

Menuntut ilmu merupakan strategi ke arah perubahan cara berfikir dan bertindak dalam masyarakat. Nilai dan martabat ilmu sangat tinggi, malah kelebihan Nabi Adam berbanding para malaikat ialah kerana ilmu yang Allah ajarkan kepadanya. Hari ini adab menuntut ilmu telah diketepikan oleh sesetengah pihak, yang mereka utamakan adalah perniagaan ilmu. Jika fenomena ini tidak berakhir, maka cahaya ilmu akan malap dan terpadam.

Semoga bermanfaat.

Thursday, July 2, 2020

al-Taznib fi al-Furu’ ‘ala al-Wajiz


Kitab al-Taznib fi al-Furu’ ‘ala al-Wajiz (التذنيب في الفروع على الوجيز), adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syaikh al-Islam al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad bin Abdul Karim al-Rafi-‘i al-Qazwaini (555-624H).

Kitab al-Taznib ini disusun oleh al-Imam Abu al-Qasim al-Rafi’i sebagai huraian (syarah)[1] bagi kitab al-Wajiz Fi Fiqh al-Imam al-Syafi’i (الوجيز في فقه الإمام الشافعي), iaitu sebuah karya Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (450-505H).

Kitab al-Taznib ini telah diringkaskan oleh Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H) melalui karya beliau yang berjudul al-Muntakhab Mukhtashar al-Taznib (المنتخب مختصر التذنيب) .

Berdasarkan beberapa cetakan kitab al-Taznib, ia sentiasa dicetak bersama kitab al-Wajiz. Kedua-dua kitab ini boleh dimuat turun di pautan الوجيز في فقه مذهب الإمام الشافعي، ويليه: التذنيب في الفروع على الوجيز.   

Semoga bermanfaat.



[1] Selain kitab al-Taznib, Imam al-Rafi’i mempunyai kitab huraian yang lain bagi kitab al-Wajiz, iaitu;
a)   Kitab  al-Aziz Syarh al-Wajiz (العزيز شرح الوجيز) atau juga terkenal dengan judul Fath al-‘Aziz Syarh al-Wajiz.
b)    Kitab al-Syarh al-Shaghir (الشرح الصغير).

Saturday, June 27, 2020

al-Tanqih Syarh al-Wasith


Kitab al-Tanqih Syarh al-Wasith  (التنقيح في شرح الوسيط) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).

Kitab al-Tanqih ini disusun oleh al-Imam al-Nawawi sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Wasith fi al-Mazhab (الوسيط في المذهب), iaitu sebuah karya fiqh yang disusun oleh al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (505H).

Penyusunan kitab al-Tanqih ini tidak sempat diselesaikan oleh Imam al-Nawawi. Beliau hanya sempat menyusunnya sampai di pertengahan kitab al-Shalah (كتاب الصلاة), iaitu mengenai syarat-syarat solat.

Berdasarkan beberapa cetakan, kitab ini dicetak bersama kitab al-Wasith. Kitab ini boleh dimuat turun bersama dengan kitab al-Wasith di pautan التنقيح في شرح الوسيط

Semoga bermanfaat.

Sunday, June 21, 2020

al-Ta’jiz fi Ikhtishar al-Wajiz


Kitab al-Ta’jiz fi Ikhtishar al-Wajiz (التعجيز في اختصار الوجيز) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh  al-Imam Tajuddin Abu al-Qasim Abdul Rahim bin Muhammad bin Muhammad al-Mawshuli (598-671H). Kitab ini disusun sebagai ringkasan bagi kitab al-Wajiz (الوجيز) , iaitu sebuah karya al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (505H).

Sekadar maklumat yang diperolehi, manuskrip kitab ini masih ada tersimpan di beberapa  buah perpustakaan utama di timur tengah. Sebahagian isi kandungan kitab ini ada ditahkik oleh beberapa pelajar di beberapa universiti sebagai kajian ilmiah (tesis) bagi memperolehi ijazah sarjana mereka. Berikut antara kajian tersebut yang telah diterbitkan;

a) Kitab al-Nikah  hingga Kitab al-Nafaqah (كتاب النكاح إلى كتاب النفقة), oleh Zahrah Muhammad Umar al-Jabiri. Diterbitkan oleh Jami’ah al-Syaariqah pada tahun 2011 dengan 275 halaman.

b)   Kitab al-Thaharah (كتاب الطهارة), oleh Abdullah bin Fahd al-Syarif. Diterbitkan oleh Dar al-Manar dengan 253 halaman.

Berikut antara kitab-kitab yang disusun oleh para ulama yang berkaitan dengan kitab al-Ta’jiz;

a)   Tamyiz al-Ta’jiz (Syarh  ‘ala al-Ta’jiz) – karya al-Qadhi Syaraf al-Din Abu al-Qasim Hibatullah bin Abdul Rahim al-Barizi al-Hamawi al-Syafi’i (645-738H).

b)   Tashhih al-Ta’jiz – karya Quthbuddin Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Shamad bin Abdul Qadir al-Sunbathi al-Mishri  (722H).

Semoga bermanfaat.

Wednesday, June 17, 2020

al-Ushul wa al-Dhawabith (الأصول والضوابط)


Kitab al-Ushul wa al-Dhawabith (الأصول والضوابطadalah sebuah karya peninggalan al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H). 

Walaupun saiz kitab ini sangat kecil berbanding karya-karya Imam al-Nawawi yang lain, namun kandungannya sangat penting dan padat dengan beberapa permasalahan agama yang penting. Dalam kitab ini, Imam al-Nawawi telah memuatkan 9 perbahasan mengenai permasalahan yang perlu diketahui oleh para penuntut ilmu syariat.

Permasalahan pertama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan pandangan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mengenai beriman kepada Qadar. Manakala perbahasan-permaslahan  berikutnya adalah berkaitan dengan permasalahan fiqh dan usul fiqh.

Kitab ini telah ditahqiqkan oleh Dr Muhammad Hasan Hito dan diterbitkan dengan cetakan pertamanya oleh Dar al-Basya-ir al-Islamiyyah pada tahun 1986/ 1406 dengan ketebalan 48 halaman. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan الأصول والضوابط.

Semoga bermanfaat.

Karya-Karya Fiqh Imam al-Nawawi


Dalam catatan ini akan disenaraikan judul-judul kitab fiqh yang disusun oleh al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H). Selain kitab yang ditulis khusus dalam bidang fiqh, disebutkan juga beberapa karya beliau yang lain yang juga  ada membincangkan permasalahan fiqh seperti karya dalam bidang usul fiqh dan hadis. Berikut disenaraikan antara karya beliau tersebut;
3.   Daqa-iq al-Rawdhah (دقائق الروضة)  
10.  al-Minhaj fi Syarh Shahih Muslim (المنهاج شرح صحيح مسلم )[1]
11.  Muhimmah al-Ahkam (مهمات الأحكام)[2]
14.  Nukat al-Muhazzab
15.  Nuktah al-Tanbih (النكت على التنبيه)
16.  Nuktah ‘ala al-Wasith (نكت على الوسيط)
21.  al-Tanqih Syarh al-Wasith  (التنقيح في شرح الوسيط)[3]
22.  Tuhfah Thalib  Syarh al-Tanbih[4]
24.  al-Ushul wa al-Dhawabith (الأصول والضوابط)





[1] Walaupun ia merupakan kitab huraian hadis, namun begitu ia juga boleh dikatogori sebagai kitab fiqh Syafi’i kerana terdapat perbincangan fiqh berdasarkan mazhab Syafi’i.
[2] Karya beliau ini hanya sampai di pertengahan kitab al-Thaharah, iaitu mengenai kebersihan pakaian dan badan.
[3] Beliau hanya sempat menyusunnya sampai di pertengahan kitab al-Shalah, iaitu mengenai syarat-syarat solat.
[4] Beliau tidak sempat menyempurnakannya, hanya  di pertengahan kitab al-Shalah.

Tuesday, June 9, 2020

al-Khulashah Fi Ahaditsi al-Ahkam


Kitab al-Khulashah Fi Ahaditsi al-Ahkam atau nama lengkapnya “Khulashah al-Ahkam Fi Muhimmat al-Sunan  Wa Qawa’id al-Islam” (خلاصة الأحكام في مهمات السنن وقواعد الإسلام) adalah sebuah karya dalam bidang hadis ahkam, iaitu kitab hadis yang khusus hanya mengumpulkan hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum fiqh. Kitab ini disusun oleh Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).

Kitab ini menjadi rujukan para ulama sesudah Imam al-Nawawi sebagai sumber takhrij hadis-hadis ahkam.  Kebanyakan hadis-hadis hukum yang digunakan oleh fuqaha’ sebagai dasar “istinbath” fiqh telah dikumpulkan Imam al-Nawawi dalam kitab ini.

Kitab “Khulashah al-Ahkam” fokus pada hadis-hadis hukum yang diambil dari kitab-kitab hadis utama seperti Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Nasa-i, Sunan al-Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah, Sunan al-Daroquthni, Sunan al-Baihaqi, Mustadrak al-Hakim, dan lain-lain. Hanya saja hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam al-Nawawi ini tidak lengkap. Beliau hanya sempat menyusun kitab ini sampai bab zakat saja. Barangkali usia al-Nawawi yang pendek (wafat dalam usia 45 tahun) yang menyebabkan kitab ini tidak sempat disempurnakan.

Mengenai faktor yang mendorong al-Nawawi menyusun kitab ini, ada diterangkan dalam muqaddimah kitab ini. Beliau menerangkan bahawa kitab “Khulashah al-Ahkam” disusun adalah didasarkan kepada pemahaman bahawa kaum muslimin wajib berqudwah kepada Rasulullah  dalam hal hukum dan adab. Juga demi melaksanakan perintah kembali kepada Rasulullah  jika terjadi “tanazu’” (perselisihan) yang hanya mungkin ditasfirkan kembali pada sunnah Rasul setelah beliau wafat. Juga demi menjaga diri agar tidak sampai terjatuh pada perkara yang diada-adakan (bid’ah)  yang tidak ada dasarnya dalam agama. Juga demi menjaga kaum muslimin agar hanya bertumpu pada hadis-hadis sahih saja dan selamat dari hadis-hadis dhoif, meskipun yang mengamalkannya banyak, bahkan meskipun disebutkan dalam kitab-kitab fikih besar. Juga untuk memberi pemahaman bahwa kebolehan beramal dengan hadis “dhoif” pada “fadhoil amal” itu tidak bersifat mutlak tapi bersifat “muqoyyad”. Sebelum menyusun kitab ini, al-Nawawi telah mengawalinya dengan beristikharah.

Kitab “Khulashah al-Ahkam” ini dipuji sejumlah ulama. Ibnu al-Mulaqqin mengatakan, “Seandainya saja al-Nawawi menyelesaikan kitab ini, maka akan menjadi kitab yang tiada taranya”. Al-Lakhmi berkata, “Tidak ada ahli hadis yang tidak memerlukannya, apalagi seorang ahli fikih.”

Perhatian ulama terhadap kitab ini juga cukup tinggi dengan bukti kitab ini dijadikan sebagai salah satu rujukan dalam hal “takhrij”. Di antara yang banyak merujuknya adalah al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam  kitab “al-Talkhish al-Habir” dan “Fathu Al-Bari” dan Imam al-Zaila’i dalam  kitab  “Nashbu al-Rayah”. Fakta ini sekaligus menunjukkan bahawa al-Nawawi juga seorang ahli hadis yang diakui.  

Adapun metode penulisannya, prinsip pentingnya adalah al-Nawawi hanya mengumpulkan hadis-hadis hukum. Jadi hadis-hadis yang terkait akidah, sirah, akhlak, zuhud dan semisalnya tidak ditulis.  

Dari sisi kualiti hadis, al-Nawawi hanya memasukkan hadis sahih dan hadis hasan saja. Hal ini penting, keraana sudah diketahui dalam ilmu fikih sebuah ketentuan yang menyatakan bahwa tidak boleh berhujjah dengan hadis “dhoif” dalam perkara halal-haram (hukum). Himpunan hadis “dhoif” dikumpulkan al-Nawawi secara terpisah dan diasingkan di akhir tiap bab (section). Tujuan al-Nawawi menulis hadis-hadis “dho’if” dalam kitab ini adalah agar diwaspadai dan diketahui sebagai hadis yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam perkara hukum. Mengumpulkan hadis-hadis “dhoif” dalam “section” tersendiri seperti ini adalah kreativiti al-Nawawi yang nampaknya belum pernah dilakukan oleh ahli-ahli hadis yang lain yang mengumpulkan hadis-hadis “ahkam”.

Dalam penyusunan kitab ini, kekadang beliau  mengomentari terkait penekanan hukum yang dianggap beliau perlu. Misalnya pada saat beliau menerangkan “dhoif”nya hadis yang dijadikan dasar untuk menetapkan bahawa dalam solat hari raya perlu ada dua khutbah, bukan satu khutbah. Imam al-Nawawi menegaskan semua hadis yang dijadikan dasar itu “dhoif”. Manakala,  penetapan hukum dalam mazhab al-Syafi’i setelah solat hari raya disyariatkan khutbah dua kali bukan kerana ada hadis sahih/hasan tertentu yang menjadi dasar, tetapi kerana diqiyaskan dengan khutbah Jumaat.

Adapun berkaitan  “mukhorrij” hadis, jika hadis yang ditulis al-Nawawi tercantum dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim maka beliau cukup menyebutnya “muttafaqun ‘alaih”, atau “rawahu al-Bukhari”, “rawahu Muslim” dan yang semakna dengan itu. Jika ada perbedaan lafaz antara riwayat al-Bukhari dan Muslim maka dipilih salah satu lalu diterangkan dari mana diambil, misanya ditulis “wa lafzhuhu li muslim”. Jika ada “mukhorrij” lain selain Asy-syaikhan, mereka juga disebutkan. Jika al-Nawawi mengatakan “rawahu ats-tsalatsah” maka itu bermakna diriwayatkan Abu Dawud, al-Timidzi dan al-Nasai.

Imam al-Nawawi kadang-kadang juga melakukan “jarh” dan “ta’dil” pada riwayat-riwayat tertentu, terutama terhadap perawi hadis yang menjadi posisi kunci dalam hadis tersebut.

Himpunan hadis-hadis yang dikumpulkan al-Nawawi dalam kitab ini, dikelompokkan dalam sistem penggolongan “kutub” (chapters) dan “abwab” (sections). Secara keseluruhan, isi kitab ini terdiri dari sekitar lebih dari 20 “kutub” (chapters) dan 300 “abwab” (sections).

Manuskrip kitab ini boleh  ditemukan di antaranya di Al-Maktabah As-Sa’idiyyah di Hyderabad; India, Al-Jami’ah Al-Islamiyyah di Madinah, dll.

Kitab Khulashh  al-Ahkam telah diterbitkan oleh Mu-assasah Ar-Risalah dalam dua jilid setebal 1099 halaman atas jasa “tahqiq” Husain Isma’il Al-Jamal.


Semoga bermanfaat.


Tuesday, May 26, 2020

Mawahib al-Dayyan Syarh Fath al-Rahman


Kitab Mawahib al-Dayyan Syarh Fath al-Rahman ( مواهب الديان شرح فتح الرحمن) merupakan sebuah karya yang menbincangkan mengenai akidah, fiqh al-ibadah dalam mazhab al-Syafi’i dan ihsan (adab hubungan dengan Allah SWT). Kitab ini disusun oleh Syaikh Sa’id bin Muhammad Ba ‘Ali Ba’asyan al-Daw’ani al-Hadhrami [1270H].

Kitab Mawahib al-Dayyan ini disusun sebagai huraian bagi kitab Fath al-Rahman (فتح الرحمن), iaitu karya al-‘Allamah al-Syeikh Muhammad bin Ziyad al-Wadhahi al-Syar’abi (1135H), Qadhi dan Mufti negeri Zabid, Yaman pada zamannya. Kitab Fath al-Rahman merupakan kitab yang menerangkan mengenai akidah, hukum hakam  (fiqh) dan ihsan. Kitab yang ringkas ini disusun berdasarkan sebuah hadis Rasulullah saw yang terkenal dengan  nama Hadis Jibril ‘a.s. (حديث جبريل عليه السلام), yang kandungannya memaparkan dialog antara Nabi Muhammad s.a.w. bersama Jibril ‘a.s. mengenai Islam (الإسلام), iman (الإيمان) dan ihsan (الإحسان) serta tanda-tanda kiamat.

Berdasarkan kitab yang dterbitkan oleh Darul Minhaj, pada tahun 2004, kandungan kitab ini merangkumi 415 halaman. Semoga bermanfaat.

Tuesday, May 19, 2020

Hukum & Persoalan Darah-Darah Haid, Nifas Dan Istihadah


Buku Hukum & Persoalan Darah-Darah Haid, Nifas Dan Istihadah adalah sebuah karya terjemahan dari sebuah buku berbahasa Arab yang berjudul al-Ihathah bi Ahamm Masa’il al-Hidh wa al-Nifas wa al-Istihadhah (الإحاطة بأهم مسائل الحيض والنفاس والاستحاض). Karya asalnya disusun oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, manakala edisi terjemahannya disusun oleh Ustaz Muhammad Ramzi Omar. Buku ini diterbitkan  oleh Sinar Media Services pada tahun 2007 dengan  151 halaman.

Buku ini disusun secara khusus membahaskan berkenaan persoalan-persoalan berkaitan haid, nifas dan istihadah serta hukum hakam yang dengannya - merangkumi hukum taharah, sembahyang, puasa, tawaf, membaca  al-Quran, talak, pergaulan suami isteri dan sebagainya.

Buku ini sangat perlu dibaca dan dipelajari kerana persoalan darah wanita adalah persoalan yang amat penting kerana ia membabitkan keabsahan ibadat utama yang dilakukan seperti solat dan puasa. Kejahilan seorang wanita tentang hukum-hukum yang berkaitan darah yang dilaluinya akan menyebabkan kedudukan ibadatnya tidak menentu sama ada sah atau tidak, dan apatah lagi mendapat penerimaan di sisi Allah S.W.T.

Dalam perbincangan isi kandungan buku ini, selain pandangan mazhab Syafi’i, pandangan para ulama mazhab lain juga turut dikemukakan sebagai perbandingan.

Semoga bermanfaat.

Monday, May 18, 2020

Cahaya Yang Menerangi


Buku Cahaya Yang Menerangi adalah karya yang menghimpunkan 200 soal jawab bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ()  dalam isu akidah dan hukum-hakam feqah. Soalan-soalan yang diajukan semasa sesi pengajian talaqqi ini dijawab oleh Syeikh Nuruddin secara spontan. Buku ini dterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd pada tahun 2017 dengan ketebalan merangkumi 164 halaman.

Usaha pembukuan soal jawab ini telah diambil inisiatif oleh Ustaz Muhadir Haji Joll  supaya manfaatnya dapat menyebar lebih luas kepada masyarakat.

 Antara permasalahan yang dijawab oleh Syeikh Nuruddin:
a)      Membawa atau memegang al-Quran digital.
b)      Solat menghormati waktu.
c)      Bangkai cicak dalam makanan.
d)     Air mata orang hidup menitis ke muka mayat.
e)   Pakaian bernajis disekalikan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh dan banyak lagi. 

Semoga bermanfaat.

Kekeliruan Umat: Inilah Jawapannya

Saturday, May 16, 2020

Qurrah al-‘Ain bi Fatawa al-Syeikh Ismail al-Zain

Thursday, May 14, 2020

At-Tibyan: Panduan Berinteraksi Dengan Al-Quran

Mursyid al-Anam ila ma Yajib Ma’rifatuh min al-‘Aqa-‘id wa al-Ahkam

Sunday, May 10, 2020

al-Kamil fi al-Fiqh (الكامل في الفقه)

al-Taqrib Syarh ‘ala al-Mukhtashar

Saturday, May 9, 2020

Biografi Agung Imam Syafi'i: Travelog Kesarjanaan Imam Mazhab Yang Genius

al-Kamal fi Asma’ al-Rijal

Friday, May 8, 2020

Jam'u al-Fawa'id wa Jawahir al-Qala'id

Thursday, May 7, 2020

Panduan Fardu 'Ain

Wednesday, May 6, 2020

Kajian Meyakini Kitab-Kitab Allah Dan Sikap Kita Terhadapnya

Mu’tashar fi Mukhtashar al-Mukhtashar

Monday, May 4, 2020

Mursyidul Thullab Ila al-Karim al-Wahhab

Friday, May 1, 2020

Ithafu Ahli al-Islam Bi Khushushiyat al-Shiyam

Thursday, April 30, 2020

al-Muntakhab Mukhtashar al-Taznib

Monday, April 27, 2020

Hidayah al-Adzkiya’ ila Thariq al-Auliya’

Sunday, April 26, 2020

al-Ajwibah al-‘Ajibah ‘an al-As-ilah al-Gharibah

Saturday, April 25, 2020

al-‘Ujab Fi Syarh al-Lubab

Friday, April 24, 2020

al-Isyarah Fi al-Fiqh ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i

Kifayah al-Raghib Syarh Hidayah al-Thalib

Tuesday, April 21, 2020

al-I’lam bi Qawathi’ al-Islam (الإعلام بقواطع الإسلام)

Saturday, April 18, 2020

al-Masa-il al-Hamawiyyah (المسائل الحموية)

Friday, April 17, 2020

al-Minhaj Fi Syu’ab al-Iman (المنهاج في شعب الإيمان)

al-Yanbu’ Fi Ma Zada ‘ala al-Rawdhah Min al-Furu’

Wednesday, April 8, 2020

Ghayatul Maram Fi Kaifiyah Ada-i Hajj al-Islam

Fatawa al-Azra’i (فتاوى الأذرعي)

Monday, April 6, 2020

al-Tahqiq al-Wafi ‘Ala Munyatul Musolli

Sunday, April 5, 2020

Tuhfah al-Nussak bi Nazhm Muta’lliqat al-Siwak

Saturday, April 4, 2020

Minhat al-Qarib al-Mujib Wa Mughni al-Raghibin fi al-Taqrib

Nafhah al-‘Abir fi Nazhm al-Tahrir

Friday, April 3, 2020

Nasyr al-I’lam Syarh al-Bayan wa al-I’lam bi Muhimmat Ahkam Arkan al-Islam

Thursday, April 2, 2020

Tashil al-Masalik bi Syarh wa Tahzib ‘Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik

al-Hadiyyah al-Mardhiyyah Syarh wa Adillah al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah

Tanwir Masalik bi Syarh wa Adillah ‘Umdah al-Salik

Monday, March 30, 2020

al-Masa-il al-Muhimmat li al-Mu’minat

Sunday, March 29, 2020

Rahsia 99 Nama Allah

Praktikal Solat Sempurna

Sunday, March 22, 2020

al-Siraj al-Wahhaj (السراج الوهاج)

Anwar al-Masalik (أنوار المسالك)

Saturday, March 21, 2020

Qut al-Habib al-Gharib

Thursday, March 19, 2020

Masalah Imam dan Makmum

Sunday, March 15, 2020

Nahaj al-Thalib li Asyraf al-Mathalib

Sunday, March 8, 2020

al-I’ab Syarh al-‘Ubab ( الإيعاب شرح العباب )

Wednesday, February 19, 2020

Tafsir Pedoman Muttaqin

Sunday, February 16, 2020

Fatwa Kontemporari

Wednesday, February 12, 2020

Adab Orang Islam

Sunday, February 9, 2020

Mu'nis al-Jalis bi Syarh al-Yaqut al-Nafis

Saturday, February 8, 2020

Al-KAFI LI AL-FATAWI (الكافي للفتاوي )

Wednesday, January 29, 2020

Kemunculan Isa bin Maryam Di Akhir Zaman

Friday, January 24, 2020

Syarh al-Sittin Mas-alah fi al-Fiqh al-Syafi’i

Sunday, January 19, 2020

Syarh al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris

Saturday, January 18, 2020

Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Raslan

Wednesday, January 15, 2020

al-Syafiy al-Anis fi Nazm al-Yaqut al-Nafis

Friday, January 10, 2020

Hasyiah al-Musolli Syarh Munyatul Musolli

Monday, January 6, 2020

Zaitunah al-Ilqah Syarh Manzhumah Dhaw’ al-Mishbah fi Ahkam al-Nikah

Wednesday, January 1, 2020

Fath al-Qadir al-Khabir bi Syarh Taysir al-Tahrir

Irsyad al-Faqih Ila Ma’rifah Adillah al-Tanbih

Saturday, December 28, 2019

Misykāt al-Mishbāh fī Syarh al-ʻUddah wa al-Silāh fī Ahkām al-Nikāh

Manzhumah Dhaw’ al-Mishbah fi Ahkam al-Nikah

Friday, December 27, 2019

Tatimmah al-Tatimmah (تتمة التتمة)

Friday, December 13, 2019

‘Umdah al-‘Awam fi Syarh Faidh al-Malik al-‘Allam

Tuesday, December 10, 2019

Tahzib al-Ushul (تهذيب الاصول)

แสดงความคิดเห็น

0 ความคิดเห็น

Ad Code

Responsive Advertisement